21 Disember 2009

FOR THE FIRST TIME EVER..........JUARA DUNIA MILIK LOS CULES


Akhirnya...........Buat pertama kali dalam sejarah, Barcelona menang gak Piala Kelab2 Dunia FIFA sejak penubuhan kelab diorang pada tahun 1899. Lama dowh diorang nak tunggu.....Sebelum nie diorang ada gak sampai kat final dalam tournament nie tapi dua2 kalah masa tahun 1992 ngan 2006. Dengan kemenangan nie, maka tercapai la 'fairy tale' diorang untuk menang kesemua 6 piala dalam 1 season dan x keterlaluan gak aku katakan yg Barca la kelab pertama kat dunia menang sumer piala dalam 1 season. Guardiola sampai menitiskan air mata sebab x percaya yg Barca bleh menang piala nie dan bawak Barca sampai ke tahap nie. Kira piala nie boleh dikatakan menebus balik kekecewaan Guardiola la coz dia x dapat piala nie masa jadi player Barca dan jugak masa jadi coach Barca.

Pada aku, tarikh 19 Disember 2009 tu mmg hari yg bersejarah untuk dia. Dia dah buat sejarah yg x penah dilakukan oleh mana2 manager Barca sebelum nie. Pada aku gak, dia berhak untuk menangis coz dia dah letakkan satu team yg aku rasa akan jadi legend untuk player2 lain lepas nie. Bila ditanya kat saper kemenangan nie ditujukan, dia jawab, "I dedicate it to the players, especially because of their confidence. But also to a man who showed such faith in me and did so much to get me my position as manager. That’s Evarist Murtra, who always gave me such good advice. I’d like to dedicate to him because I know he’d be pleased to hear that, and he deserves it."

Walaupun dah jadi juara dunia pastu menang byk piala, Guardiola still merendah diri dengan mengatakan, "I didn't think I'd strong enough and I have more work to do." Aku rasa disebabkan attitude dia yg camtu la yg bawak Barca sampai ke tahap nie. Kalo korang perasan, dia dgn player dah macam 1 family. Celebrate gol sama2, training boleh gelak2 lagi.....Pendek kata relationship dia dgn player mmg erat. Compare ngan Real aku tgk time van der Vaart score pun dia celebrate sorang2 je. X de member2 nak dtg kat dia....Mungkin disebabkan dia bukan first eleven yg jadi camtu......Jauh beza ngan Barca. First eleven ke bukan, bila gol je, celebrate sama2.....Itu beza Barca ngan team2 lain........

Aku sebagai die-hard-fan Barca dah x tau dah apa nak cakap melainkan seronok gila babeng bila Barca menang sumer cup. So aku harap Barca boleh maintain performance diorang untuk buat lebih baik coz nak mempertahankan apa yg diorang dapat lg susah drpd nak menang. Yg aku sure, player2 Barca mesti jadi legend yg mungkin akan dapat ditatap sejarah diorang kat galeri Barca nanti.....Jom usha skit saat2 diorang jadi juara dunia.......


































2 Pujian Menggunung:

Berto berkata...

aku dgr cter kt soocernet, pep guardiola nak resign lpas ni?? cmner tu??

Saudara Yeop berkata...

aku pun ada baca gak yg dia x nak sambung kontrak ngan barca...tp aku harap dia still ngan barca la....ssh nak cari org cam dia.....