29 September 2010

CABARAN MENGGORENG SOTONG GORENG TEPUNG BERSAMA SAUDARA YEOP

Lama gak aku x usha and update blog aku neh memandangkan lepas cuti mcm2 benda yg nak dibuat. Ada gak benda yang dah dibuat tapi last2 buat sakit hati aku je. Arghh! Sakit paler bila pikir2 balik......

Orait, korang tau kan apa tu sotong goreng tepung? Mmg korang tau, tapi tau makan je la kan. Suka2 hati korang je panggil mak cik kedai makan tu, 'mak cik, sotong goreng tepung, sorang/dorang/tiga orang/seratus orang makan!' Memang sedap utk diorder tambah2 lg bila dah masuk dalam mulut tp tau x korang betapa susahnya nak membuat sotong goreng tepung yg sedap dan dikenali seantero kawasan tu?

Oleh yg demikian, utk merasai kejerihan/kepayahan/kesusahan/keperitan mak cik2 yg membuat sotong goreng tepung, time cuti raya haritu aku membuat percubaan berani mati dgn try membuat benda tu. Yeah, mula2 mmg terasa azabnya.......Nak buat sotong goreng tepung ni kena keluar fulus. X de org nak bagi sotong free time raya2 cam gini oiiiiii....... Harga sekilo sotong ialah RM 14 hengget ye tuan2 da puan sekalian...........

Duit dah keluar, nak basuh sotong pun satu hal gak. Bukan senang nak basuh. Buang tulang dia cam plastik pebender ntah, dakwat dia, lemak dia, potong lg. Itu belum ditambah lagi dgn gangguan2 aku terima time tu kecuali gangguan seksual...........

Lepas dibelai-belai sotong tu, akhirnya jadi la cam gini..........


Putih bersih lg suci sesuci org yg memotongnya.....


Selepas membuang segala noda-noda yg ada kat sotong tu, tibalah time utk dia dipakaikan 'baju raya'......


Tepung serbaguna brand Nona. Aku pun x tau camner aku bleh tertarik dgn brand ni. Tapi kalau tgk dari segi 'ingredient' dia, nampak mcm sotong goreng tepung aku dapat mengalahkan sotong goreng tepung dari Kuala Perlis.


Serbuk lada putih. Kasi pedas skit..........


Bahan2 yg simple, tapi bila nak salut dgn tepung, mmg memerlukan kesabaran yg tinggi setinggi tiang elektrik TNB kat depan rumah aku..........


Tangan yg menyalut tepung yg boleh menggoncang dunia masakan.........



Selesai...... Actually bapak aku kata better letak kuning telur baru mantop. Tapi aku takut dia x melekat kat tepung nanti.


Sotong dah siap untuk digoreng. Time nak goreng pun ada problem gak. Bila goreng sotong nie, dia akan meletup-letup dan minyak akan memercik........


'Pelepak, pelepuk' Lebih kurang camtu la bunyinya.......


Bila nak goreng, kena bagi dia betul2 kuning keemasan coz hasilnya nanti sotong yg digoreng akan menjadi rangup dan juga menjadi pujaan uda dan dara. Baru boleh bukak bisnes..........

Allright then, setelah beberapa ketika sotong tu digoreng, ni lah hasilnya...........:


Bakal menghiasi majalah Saji pada bulan November ini


Percubaan yg agak baik dari Saudara Yeop. Tapi ia akan lg baik kalau aku dgr ckp bapak aku suruh letak kuning telur coz time goreng tu, tepung dia jatuh. Tu la, lawan lagi ckp orang tua. Kat dunia lagi dah dapat balasan. :-)

Time makan tu, walaupun masih lg ada minyak skit, tapi still rangup dan sedap dimakan. Kalau x, x kan sekejap je sotong goreng tepung tu licin (Saudara Yeop, jgn takbur/riak/ujub sgt).X rugi la korang cuba. Walaupun penat skit, tapi bila dah makan, mesti rasa puas hati. So korang, Happy Trying!

14 September 2010

PARAMORE LIVE IN MALAYSIA!


Akhirnya sah Paramore cuti2 ke Malaysia 19 Oktober ni! Benda ni bukan ura2 lagi......Actually mmg susah nak percaya yg Paramore berjaya menerobos masuk ke Malaysia sebab kalau tgk band2 lain mmg payah nak masuk ke Malaysia mcm Green Day, Red Hot Chili Peppers dan lain2. Kebanyakannya pergi ke Singapore atau Thailand. Band lain ada gak buat konsert kat Malaysia mcm Westlife. Yg tu mmg dapat sambutan hangat. Tapi ada gak dpt sambutan dingin mcm Panic! At the Disco.......Yg pergi x sampai 2 ribu orang. Selalunya yg dapat sambutan hangat artis2 solo cam Kelly Clarkson, Slash n Michael Jackson yg dtg tahun 1997 dulu.

Mungkin ada sesetengah org x tau lagi saper 2 Paramore. Tapi aku sure yg ramai budak2 skarang nie dah tau saper diorang nih coz lagu2 diorang dah selalu berkumandang kat radio2 bila lagu 'Misery Business' mula2 meletup.


Venue yg sama mcm konsert Kelly Clarkson, Stadium Nasional Bukit Jalil.



Harga tiket agak mahal skit compare dgn konsert Kelly Clarkson. Mungkin sebab band, lagi ramai lagi mahal. Tapi RM 98 still x berubah.



Memandangkan 19 Oktober tu aku study week, jadi peluang utk pergi nampak cerah. Tapi bergantung dkt kewangan aku. RM 358........Mmg best, dapat tgk depan2, tapi lepas tu kene ikat perut la.....X kisah la mana2 pun, janji dapat pergi. Bukan senang nak tgk diorang dtg Malaysia. Silap haribulan, sekali seumur hidup kot..............

08 September 2010

RAYA?...............OH...................

Orait........Tadi Pak Cik Penyimpan Mohor Besar Raja2 dah mengumumkan yg raya jatuh pada hari Jumaat. So, kempunan la saper2 yg nak beraya hari Khamis. Sabaq noh......sehari je pon. Tu pon dalam berita ada gak yg dah raya awal. Siap sembahyang raya ngan khutbah lagi. Diorang dah kene tahan polis. Hish, gagal la diorang nie...........Cerita lanjut kat sini.

Raya tahun nie sama je cam tahun2 lepas bg aku, cuma dari mana aku bertolak tu je yg lain, time aku Diploma kat UiTM Perlis, nak sampai kat rumah aku lebih kurang 4 jam lebih. Tapi bila kat Shah Alam 2 jam stengah je. Tapi bagi aku, puasa kat Perlis lagi meriah dan feel kalau nak compare ngan kat Shah Alam. Nak pergi bazar pon sesak. So, bila nak beli juadah berbuka, aku lebih suka beli dekat bawah rumah sewa aku.

Mcm biasa, time raya, aku slalu balik lambat, pastu tinggal sorang2. Walaupun lambat, tapi tahun nie x de la lambat mcm tahun lepas. Memandangkan stesen bas ngan rumah sewa aku jauh, pastu x de org nak hantar, terpaksa la aku naik teksi. Harga tambang teksi..............?


Harga asal 30 hengget, tapi pak cik teksi tu bg RM 25. OK la.....

Sebagai seorang student, feel raya tu x sama cam time kecik2 dulu. Dulu mmg best coz dpt main bunga api dgn mercun, tp dah besar x kan nak main lagi. Lgpun x senang hati nak beraya bila memikirkan benda2 yg bakal dihadapi lps raya nanti....Bak datang sini aku list skit pebendernya tu........

  • TEST - Lps raya mcm2 test datang.......Yg paling aku risau sekali ialah Bahasa Itali. Aku dah la x berapa mantop lagi bahasa tu...........
  • EVENT - Salah 1 benda wajib utk mana2 subjek. Sport Project, Outdoor dan yg paling nervest ialah event Leisure coz aku yg jadi PENGARAH PROJEK. Ya, PENGARAH PROJEK dowh! X penah2 aku pegang jawatan tinggi2 time Diploma, alih2 time Degree jadi cam gini. Apapun, aku harap event nie dpt berlangsung dgn jayanya tanpa apa2 problem. Amin.......
  • REPORT LEPAS EVENT LEISURE - Habis event, bukan bleh sronok2 lagi boh.......Kene buat report. Kalau x, x dpt claim duit dari UiTM. Hadoi...............
  • ASSIGNMENT GROUP - Ada yg dah selesai, ada yg blom gerak lagi. Owh, jgn sampai dapat markah kosong dah le............
  • PRESENTATION - Lepas buat assignment group, selalunya kene buat presentation plak......Hmmmmmmmm...........

Mana2 student mesti x senang duduk bila memiqior benda2 nie.....Tapi alang2 dah raya nie, raya la puas2 tapi berpada-pada la ye.....Jgn lupa pau duit raya kat mak bapak. Saper yg ada anak buah tu, hulur2 la skit kat diorang. Kat awek bleh, x kan kat anak buah x bleh......Bleh kan?????


01 September 2010

HAPPY INDEPENDENCE DAY!




SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-53!!!