30 April 2011

BUKAN KELUARGA BIASA




Kalau korang perasan la kan, citer ni pernah keluar kat TV3 dan Malaysia antara negara terawal yg tunjuk citer ni, kiranya Malaysia lambat 3-4 episod je dari US. Tapi sayang 1000 kali sayang coz ceritanya dah x ke udara lg dan tergantunglah citer ni.

Ada yg cakap TV3 x mampu nak beli citer omputih coz mahal, tambah2 citer baru camni. Tapi dengan teknologi Streamyx 4GB per second yg ada di rumah sewa aku, melayakkan aku untuk mendownload kesemua 20 episod dgn hati yg girang. Overall citer dia mmg best, all in 1 kata omputih. Tentang kuasa luar biasa yg ada kat diorang, masalah keluarga, husband and wife, masalah remaja, masalah masyarakat dan lain2.

Bukan setakat citer je yg best, pelakon2 dia pn mantap. Tambah2 yg cikaro. Moh usha skit para pelakon yg mewarnai citer No Ordinary Family......


MICHAEL CHIKLIS



Antara watak utama citer ni sebagai Jim Powell, seorang 'police sketch artist'. Alah, yg lukis muka penjenayah tu. Dia ada kuasa yg mana dia boleh melompat jauh, kalis peluru dan jugak x sakit bila dilanggar. Dia adalah orang pertama yg setuju untuk berlakon dalam citer ni. Dia jugak pernah berlakon dalam filem Fantastic Four sebagai The Thing, yg badan byk batu2 tu. Korang tgk ke x Fantastic Four hah???



JULIE BENZ


Memegang watak sebagai Stephanie Powell, seorang saintis kat Global Tech merangkap isteri kepada Jim Powell dan ibu kepada dua org anak, tapi dalam citer ni je la coz realitinya dia sudahpun menjadi seorang janda. Kuasa dia plak, dia boleh berlari laju (10 batu dlm masa kurang dari lima saat, wow!). Janda hot ni sebenarnya pernah berlakon dalam citer Rambo 4 dan jugak Saw V. X kenal maka x perasan, dah kenal baru perasan. Walaupun janda, tapi kalau korang bukak Google pastu search gambar dia kat image, mmg........DAYUM!!!



KAY PANABAKER



Satu ayat, she's beautiful and awesome. Dalam citer ni dia berlakon sebagai Daphne Powell, anak kepada Jim dan Stephanie. Dia ni ada kuasa 'telepathy' ataupun boleh baca fikiran orang. Dia gak boleh tau kejadian yg terjadi dekat org lain dgn sentuh org tu. Citer pasal adik manis ni, kalau korang selalu tgk citer Disney kat TV3 time cuti sekolah, mesti ada dia coz dia ni produk dari Disney. Lagi skali aku tanya, korang tgk ke x dia ni berlakon hah???


JIMMY BENNETT


Memegang watak sebagai JJ Powell, anak kedua Jim dan Stephanie dan adik kepada Daphne. Dia punya kelebihan ialah dia ada kuasa yg mana dia boleh selesaikan semua soalan dengan mudah. Kira super duper intelligent la dia ni. Banyak berlakon filem dalam usia yg muda, baru 15 tahun kot budak ni. Stakat 2011 ni, dah 30 filem dia berlakon.



AUTUMN REESER



Dalam citer ni dia memegang watak sebagai Katie Andrews, seorang personal assistant untuk Stephanie dekat Global Tech. Dia ni x de kuasa tapi dia tau keluarga Powell ada kuasa. Dalam majalah Maxim, dia berada di ranking ke 57 wanita tercantik dunia pada tahun 2006. Sama mcm Julie Benz, bukak Google, search kat image.......DAYUM!!!



ROMANY MALCO



Seorang pembantu peguam daerah, George St. Cloud ni pun x de kuasa tapi tau yg keluarga Powell ada kuasa. Member baik Jim dan bukak makmal rahsia utk senang dia detect penjenayah pastu suruh Jim pergi selesaikan. Dia ni bukan setakat berlakon, tapi gak seorang pengarah muzik. Dalam filem Gulliver's Travels, dia ada berlakon dalam filem tu. Wei, filem tu masuk panggung kat Malaysia, x tgk ke korang?


Overall, citer ni adalah citer wajib tonton. Dalam episod yg last, citer dia nampak tergantung, so that means akan ada season kedua lepas ni. Korang nak tgk ke x citer ni hah?

14 April 2011

ABANGKU GENGSTER

Dalam family kita, mesti ada adik-beradik kan? Lainlah kalau anak tunggal. Dalam adik-beradik kita, ada yg lelaki, ada yg perempuan. X pun semua lelaki atau sumer perempuan, Mcm aku, aku merupakan abg sulung daripada 4 org adik-beradik yg semuanya lelaki. I tell U what, bukan senang nak menjadi seorang abang yg mempunyai adik-beradik lelaki yg buas dan ganas mcm Stone Cold Steve Austin ataupun Randy Orton.

Mainan bersepah, aku yg kena. Rumah berselerak skit, aku kena lagi. Hey, what is this? Bila aku cuba membantah ala2 parti pembangkang mcm Pakatan Rakyat, mak atau bapak aku cakap, 'Ko nak kemas ke x nak? Nak kena tumbuk ke hah???' Ok, aku tipu. Mak bapak aku x cakap pun mcm tu. Diorang cakap camni, 'Tolonglah kemas kejap, diorang kecik lagi' Mmg best jadi anak ke 2, 3 dan seterusnya coz mak bapak akan backup, tapi sebagai abg sulung, kalau diorang cari pasal dgn kita, kita boleh menggunakan kuasa yg ada kat kita utk membalas balik apa yg dioang buat kat kita. Walaupun kemungkinan utk dibantai mak bapak amat tinggi, at least kita puas. Hahahaha.......

Orait, apa yg korang buat kalau adik korang banyak kerenah ataupun banyak cengkadak? Belasah, pukul atau campak dalam lombong je terus? Tapi, korang berani x buat apa yg video kat bawah ni buat? Selamat mencuba!