25 September 2009

OH, STEPHANIE......

Aku tertarik ngan awek Jepun sorang nie bile aku dengar lagu dia yang dipasang oleh roomate aku, Naz. Memang sedap lagu dia. Pastu aku mintak lagu 2 dari dia.......memang best! Awek yang lebih dikenali sebagai Steph nie sebenarnya awek celup. Mak dia Jepun, bapak dia Armenia tapi menetap kat U.S. Dia skarang nie jadi warga Jepun. Bukan je fasih bahasa Jepun tapi English dia pun......pretty damn fasih gak......Bukan 2 je, lawa lak 2...(dah nama pun celup). Dia nie blajar kat Aoyama Gakuin University dalam course......Law!!! Pandai awek nie...... Jangan failed sudah....Disebabkan minat kat awek nie aku gi la website dia......Saper nak usha gi la http://www.steph.jp kalau saper yang pandai bahasa Jepun la coz webiste dia dalam bahasa Jepun......
Kat sini aku letak video dia nie yang berjudul "Friends".....Ending theme untuk anime Gundam....Dalam video nie pun dah tau dah dia nie lawa dan yang paling penting skali......mantap....Enjoy!!!


20 September 2009

CORETAN PERANTAU......

Buat pertama kalinya sepanjang aku hidup, ni ler first time aku balik malam raya, 19 September 2009.....Ni sumer sebab aku ingat hari jumaat ada kelas, so sebagai seorang pelajar yang berdedikasi, x kan aku nak ponteng kelas plak kan (konon......kelas Sir Budin pun aku penah x datang...sorry Sir). Sepatutnya jumaat 2 memang ada kelas pun, kelas archery......Sir Ismail kata hari jumaat ada kelas....tapi sumer balik awal, kelas 2 dianjakkan ke hari isnin. Sumer nak balik awal, x bley blah betul...nak dok bawah ketiak mak jer......dah kata hari jumaat, jumaat ler. X pasal2 hari isnin 2 aku kena angkat barang archery. Tapi nasib baik isnin 2 x de kelas archery coz Sir Ismail ada kat USM...itu bermakna Tuhan nak tolong orang yang balik lambat cam aku (Yeop.....cukup2 ler mengungkit tu......). Tapi elok gak aku balik lambat coz kalo x, x der la pengalaman balik malam raya kat blog aku.....Jom usha skit apa yang ada masa malam raya yang aku lalui yang mungkin korang x lalui.......

Time sumer orang balik 16,17,18 haribulan, UiTM memang agak sunyi.......18 haribulan tu kira kemuncak kesunyian untuk seluruh UiTM Perlis la kiranya coz kat Kolej Jati 2 sendiri tinggal aku (budak Sportrec) ngan sorang lagi member (budak ladang/planters/DPIM).......Aku balik Perak kira OK lagi la.....Dia balik Johor, lagi jauh .......Malam berganti siang, Kolej Jati pun aku tinggalkan pada petang 2......


Kesunyian yang melanda Kolej Jati.....


Sunyi........Sepi.......Suram........


Aku pun gi la Mushroom a.k.a Anjung Siswa coz kat sana ler tempat kat mana bas UiTM angkut student bawak gi Stesen Bas Kangar. Memang elok la UiTM wat camnie coz at least dapat ler save duit student skit especially student cam aku nie.....Time aku sampai, ada 2 orang budak pompuan je kat situ, pastu, x lama aku datang, sorang lagi budak lelaki sampai......menjadikan penumpang hari 2 empat orang je......X macam hari sebelumnyer yang menyaksikan berduyun-duyun student naik bas UiTM.....Apa2 pun, aku ucapkan terima kasih kat pakcik bas 2 kerana sanggup bawak kitorang berempat sampai ke Stesen Bas Kangar.....Jasamu dikenang.......

Mushroom.....Lengang.......2-3 hari lepas penuh.......


Ketibaan bas UiTM sambil 2 orang budak pompuan terkedek-kedek pergi ke bas tu......


Bas yang kosong membuatkan aku boleh bergerak kesana dan kemari........


Sampai kat Stesen Bas Kangar, aku sempat la ucap terima kasih, pas2 salam dan ucap selamat hari raya kat pak cik bas 2.....Mesti la kene wat cam2 bai.....orang dah tolong kita.....Korang yang lepas2 mesti x wat cam2.....teruk btul......

Stesen Bas Kangar.....time aku sampai pun x ramai sangat cam slalu....yela...saper yang nak balik malam raya kan....Memang boring gak la time 2......So, aku gi la kedai pas2 bli majalah Mastika keluaran Oktober 2009....Mastika ni aku beli time nak balik rumah je....kalo x balik, x beli ler.....Bulan nie dia citer pasal ketawa, pastu citer pasal...(Weyh Yeop, ko citer pasal Mastika ke pasal balik raya ko???)

Lebih kurang pukul 6.15, orang dah bertambah, tapi still x ramai lagi......Aku tengok ada gak yang bli tiket......x kan bli tiket balik kot.....Mungkin diorang nak bli tiket ke KL kot coz x lama lagi ada konsert Black Eyed Peas kat KL.....2 pasal diorang bli tiket 2.......takut habis.....Pukul 6.35, aku berangkat ke restoran Abdul Alim.......Nak pergi KFC?......nanti2 la dlu.....


Stesen bas yang lengang.........



"X Balik raya la aku camnie," mungkin itulah luahan hati abang tu bila tengok kaunter tiket yang tutup......


Dah ramai skit......Posing plak akak nie......


Sementara menunggu waktu berbuka, aku baca le Mastika sambil memerhatikan gelagat pelanggan yang beli kat situ.....Kejap nak cam2, kejap nak camnie.......Pukul 7.18 malam, sampailah waktu berbuka....Alhamdulillah, akhirnya dapat gak aku menyempurnakan Rukun Islam yang ketiga tahun ni.....Semoga Allah menerima puasa aku....Amin.....



Gelagat pelanggan.......


Nasi beriani + Milo ais= RM 6.60..........


Selesai sumer benda, aku gi balik stesen bas...........still x ramai.....Naik bas pun banyak kosong lagi kerusi. Even berhenti kat Shahab Perdana pun, 2-3 orang je naik....Tapi kat Shahab Perdana 2 memang ramai manusia yang tunggu bas.....Cukup ramai......Perjalanan ke Perak ambik masa lebih kurang 4 jam lebih....kadang2 risau gak kalau2 tersangkut disebabkan jammed....dah lambat sejam dua....Tapi Alhamdulillah, sampai gak...lagi awal, 12.15 pagi....Paling awal pernah aku sampai sepanjang aku balik rumah.....Pakcik bas nie mesti merempit time aku tido.......
Alhamdulillah....sampai jugak kat Terminal Bas Medan Gopeng. Ada gak la orang......tapi x ramai.....kedai pun ada bukak....Boleh la aku beli air sambil menunggu family aku ambik aku....

Stesen Bas Kangar di malam raya......


Bas pun kosong.......


Terminal Bas Medan Gopeng......masih menanti kepulangan orang tersayang.......


Hmm..... 2 jelah pengalaman time aku balik malam raya.....Mesti ada orang cakap, lebih kurang cam balik hari biasa jer.....Tapi percayaler cakap aku....memang lain.... rasa dia lain cam balik hari biasa.....Rasa nak nangis pun ada......X caya try la wat tahun depan.......


Sebelum aku berundur, aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir je (Batin blom lagi) kat semua Lecturer FSR, student FSR terutama sekali SR Xiphoid.........Enjoylah raya nie puas2 coz jejak je kaki kat UiTM balik, banyak keje yang nak dibuat nanti.....

16 September 2009

KISAH BENAR DARI PALESTIN......



Raya dah nak dekat........Sumer orang x sabar2 nak tunggu raya especially bila sumer persiapan dah dibuat....... sumernyer baru......tapi pernah x kita terfikir saudara2 kita kat Palestin tu......camner la raya diorang....adaker baju baru, jumpa sedara-mara, bergelak ketawa......mungkin ya, mungkin tak.....mungkin raya diorang dihujani peluru yang dilepaskan oleh tentera2 Yahudi laknatullah.....kita x tau.....Tapi walaupun camner pun keadaan diorang, diorang x pernah berputus asa melawan tentera2 Yahudi laknatullah........Sebagai seorang Islam, aku memang betul2 bangga ngan diorang walaupun diorang berperang dengan kelengkapan perang yang tak secanggih tentera Israel dan juga dengan keadaan yang serba kekurangan.......So, kat sini, aku nak share la skit tentang kejadian2 aneh yang betul2 berlaku masa tentera Mujahidin berperang ngan tentera Israel yang aku kutip dari macam2 sumber kat internet........Semoga apa yang aku share nie dapat menyedarkan kita bahawa Allah akan menolong hambaNya yang berjihad diatas jalanNya........Jom usha.....



Al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, Pengerusi Eksekutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20 hinnga 31 Januari 2009. Berikut adalah kisah benar dari beliau dari pengalamannya semasa beliau berada di Gaza:


  • Seorang ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa ketika satu pertempuran, komander Mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan kereta kebal tersebut. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba sahaja senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Siapakah yang menembak tentera Yahudi laknatullah itu??? Allahuakbar......
  • Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel, yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangkan uniform pejuang berwarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???
  • Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.
  • Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik!!! Allahuakhbar......
  • Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkannya dan roket itu mengenai sasaran di Israel!!!
  • Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah S.A.W dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu bertanya, "Wahai Rasulullah, kemana kamu mahu pergi?", lalu Baginda menjawab "Aku mahu berperang di Gaza!!!"......MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza!!! Dimanakah kita???


Itu baru dari Ustaz Zaik. Ada lagi macam2 peristiwa aneh yang berlaku semasa peperangan tersebut. Antaranya.........




  • Ketika pertempuran di Migraqah di mana pesawat2 tempur Israel menggempur dan mengepung Mujahidin dari atas mereka. Mereka tidak dapat bergerak. Tiba2 datang mendung yang memayungi mereka dan menutupi pesawat tempur Israel untuk melihat bumi. Maka para Mujahidin bergerak menghindari tempat itu.
  • Sejumlah Mujahidin melihat dengan mata kepala mereka ssendiri sebuah rumah dihancurkan tentera Israel dengan bom besar sehingga khuatir akan merebak ke rumah sebelah. Dalam kebakaran yang dahsyat itu, mereka melihat seorang Mujahidin berdoa kepada Allah sambil menangis, ‘Wahai Allah yang menjadikan api dingin dan keselamatan bagi Ibrahim, padamkan api dengan kehendakMu’. Hanya selang tiga minit, api itu padam. Maka para Mujahidin yang menyaksikan peristiwa itu lantas menangis kerana mereka merasakan Allah menolong dan mengabulkan doa mereka.
  • Seorang Mujahid menceritakan bahawa mereka melihat dua kereta kebal Israel meledak dan terbakar di tempat mereka memasang bom ranjau. Kata Mujahidin tersebut, ‘Ketika kami menghampiri dua kereta kebal Israel yang meledak, ternyata bom yang kami pasang masih belum meledak.
  • Mujahidin, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel . Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.
  • Ketika para Mujahidin bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka. Para Mujahidin dapat menembak kesemua musuh dengan mudah.
  • Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang Mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasuki serpihan besi. Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan dibahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.
  • Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera Hamas yang mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahidin memakai pakaian ala tentera seperti biasa.
  • Seorang wanita mengandung disahkan doktor di setiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan. Sebaik suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki.
  • Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki. Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang sahaja. Allah SWT menggantikan dalam peperangan tersebut Mujahidin masa depan yang lebih ramai.
  • Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama serangan Yahudi ke atas Gaza, hendak dikebumikan di liang lahad ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu, mereka dapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain kafannya masih putih bersih.


Allahuakbar..........Memang pelik peristiwa2 kat atas tu. Memang bagi kita, benda 2 mustahil dan x masuk akal.....Tapi Allah Maha Besar.....apa2 pun boleh terjadi dengan izinNya......Jadi kita sebagai saudara seagama x boleh lepas tangan camtu jer.....Mungkin kita x mampu nak angkat senjata, tapi kita mampu untuk mengangkat tangan kita untuk mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin dan juga memudahkan perjuangan para Mujahidin untuk menentang musuh2 Allah......Semoga dengan peristiwa2 kat atas tu dapat menyedarkan diri kita bahawa orang yang berjuang di jalan Allah pasti akan mendapat pertolongan dariNya......Semoga Aidilfitri yang bakal menjelang tak lama lagi memberi kekuatan dan kesejahteraan kepada rakyat Palestin untuk berjuang menegakkan kalimat Allah..........Amin........

04 September 2009

LAGI PIALA UNTUK BARCA......

Apa lagi aku nak citer pasal team favourite aku nih.....masuk European Super Cup nie, dah lima piala diorang dapat, mengalahkan Shahktar Donetsk walaupun terpaksa berhempas-pulas nak menang ngan jaringan player muda Barca, Pedro pada minit 115 masa tambahan........Shahktar Donestk pun bukan calang2 team gak.....Juara Piala UEFA nie kalahkan Werder Bremen time final piala nie dan jadi 1st kelab dari Ukraine yang menang piala nie.....

Kapten Barca, Carles Puyol nak angkat piala nih.......


Barca lak, pas menang piala nie, jadi 1st kelab dari Sepanyol yang menang sumer cup dalam 1 season.....blom lg Piala Kelab2 Dunia hujung tahun ni.....kalo Barca menang, memang mencatat sejarah lagi la disitu....European Super Cup ni pun ada gak sejarah coz diorang nih pernah jumpa kat group stage, Barca dapat gi pusingan seterusnya tapi Shaktar Donestk dapat tangga ketiga.....so, diorang main untuk saingan Piala Uefa.....nasib diorang memang baik coz dapat gi final pas2 kalahkan lak Werder Bremen 3-2.......Barca lak kalahkan Manchester United 2-0 (Ha, ha, ha!) untuk merangkul piala Liga Juara2 Eropah......Orang kata, kalau ada jodoh, x kemana.....diorang jumpa balik kat European Super Cup.......

Lagi 1, player Shahktar, Dmytro Chygrynskiy (bapak nama....) dah sah jadi player Barca pas kelab 2 setuju nak lepaskan dia ngan harga 25 juta euro.....mula2 Presiden Barca, Juan Laporta x nak Barca beli dia, tapi pas Guardiola ayat si Laporta nie, dia pun setuju la....Tengok kat performance dia, stakat yang aku tulis nie, Barca x pernah bolos lagi......pembelian yang agak berbaloi la.....

Ape lagi aku nak cerita......x der dah kot.....yang aku tau, Barca menang....2 je......