Memaparkan catatan dengan label FC Barcelona Season 2009/2010. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FC Barcelona Season 2009/2010. Papar semua catatan

21 Ogos 2010

WANTS A CUP? BEAT BARCA FIRST!

Orait.........Season 10/11 dah pun masuk. Cam biasa, mcm2 spekulasi ttg player2 yg bakal berpindah, terpindah dan dipindahkan...........Dalam liga, ada yg menang, ada gak yg tersingkir masuk division bawah........Ada yg menang piala, ada yg pulang hampa......

Mcm Barcelona, season 08/09 merupakan season yg paling mantop bagi diorang. Maka dgn sebab itulah, diorang merupakan satu2 nyer kelab di muka bumi ini yg menang sumer piala dalam masa setahun. Mmg terbaik wa cakap lu. Mana ada kelab yg boleh buat camtu?

Season 09/10, diorang gagal mempertahankan piala yg diorang menang dulu yakni UEFA Champions League dgn Spanish Cup. Diorang gak penah kalah skali dalam Liga Sepanyol dan skali kat UEFA Champions League masa group stage. Maknanya Barca kalah 4 kali dgn 4 team yg berbeza. Siapakah lahanat2 tersebut........?

RUBIN KAZAN - UEFA Champions League (Group Stage)
ATLETICO MADRID - Spanish La Liga
INTER MILAN - UEFA Champions League (Semi Final)
SEVILLA - Spanish Cup (Semi Final)

Tapi, apa yg best ttg 4 lahanat yg pernah kalahkan Barca ni ialah : Diorang menang piala dalam season yg sama gak. Piala apa yg diorang menang plak.......?


RUBIN KAZAN

Diorang menang Russian Premier League season 2009. Season diorang lain skit coz diorang start bulan Januari.


ATLETICO MADRID

2010 UEFA Cup. Kalahkan team underdog yg perform time tu, Fulham


INTER MILAN

2010 UEFA Champions League. Menang buat kali ketiga. Last diorang menang tahun 1965. Kalau kat Malaysia, tahun tulah Singapura berpisah dari Malaysia (Adoih, ada subjek sejarah plak!) Bukan tu je, diorang pun menang Serie A dgn Italian Cup. Kira treble la. Silap hari bulan, bleh buat sextuple cam Barca gak..........


SEVILLA

2010 Spanish Cup. Kalahkan Atletico.


Yeah......Diorang sumer menang piala. Menang piala bila kalahkan Barca. Kira semacam tuah dapat kat diorang bila kalahkan Barca. So, kepada kelab2 lain................

NAK PIALA TAK???
KALAHKAN FC BARCELONA DULU!!!

17 Mei 2010

BARCA RETAINED THE TITLE


Kejuaraan La Liga yang ke-20 utk FC Barcelona. Tapi still jauh di belakang Los Galaticos a.k.a Real Madrid yg menang 31 kali..............

Walaubagaimanapun, dalam musim nie, Barca dah memecahkan beberapa rekod dalam liga dan juga kat Eropah..............

ANTARANYA :

REKOD BARCA (LA LIGA)

- Mata tertinggi (99 mata)
- Kemenangan tertinggi (31 kemenangan)
- Kemenangan tertinggi di tempat lawan (13 kemenangan, sama cam season 08/09)
- Perbezaan gol terbesar (+74) dalam liga
- Tanpa kalah bila bermula season baru : 21 (17 kemenangan dan 4 seri, pastu diorang score 52 gol, 11 bolos sebelum diorang kalah ngan Atletico Madrid.....Hmmm...)


REKOD DALAM LA LIGA

- Mata tertinggi (99). Rekod kebangsaan dan juga rekod untuk kebanyakan Liga2 kat Eropah
- Kemenangan tertinggi (31, Real Madrid pun nak wat gak dalam season nih)
- Kemenangan tertinggi di tempat lawan (13, sama cam season lepas.......Sekali lagi Real mencapap dalam rekod nih)
- Perbezaan gol terbesar (+74) dalam liga


UNTUK KESELURUHAN MUSIM :

- Kemenangan tertinggi (45 kemenangan) dalam semua perlawanan rasmi (daripada 59 perlawanan)













30 April 2010

UEFA CHAMPIONS LEAGUE? IT'S OVER FOR BARCA






Seterer mana pun kelab 2, mesti diorang penah kalah. Sama la cam Barca. Menang 1-0 mmg x cukup nak halang Nerazzurri gi final. Ni la final pertama buat diorang lepas 38 tahun. Kalau x disebabkan Bojan yg x reti tanduk and then bola terkene tangan Yaya Toure, aku rasa Barca dah gi final. Ditambah plak ngan Inter main defensive, mmg susah nak celuih. Tapi Jose 'The Special One' Mourinho mmg pandai psycho dan menganjing dalam game nie. Bawak Luis Figo kat Nou Camp mmg boleh membawa kemarahan kat fans Barca yg menyampah tgk pengkhianat tu. Ditambah plak ngan gambar yg korang tgk kat atas nie. Saper yg tgk mesti sakit hati...........Tapi tu la strategi dia.........

Tapi kalah ttp kalah. Sebagai seorang peminat Barcelona yg berdisiplin, aku menerima kekalahan nie ngan hati yg terbuka kerana aku bukanlah seorang fan yg cepat melenting seperti fan2 lain............

Sempat gak aku tgk page FC Barcelona kat Facebook yg mana ramai yg mengutuk Ibrahimovic............Aku rasa dia mesti menyesal masuk Barca. Kalau x dia dah gi CL dah. Eto'o dah 2 kali berturut-turut pergi. Hmmm, cube lagi tahun depan.............

11 April 2010

SEKALI LAGI........



Dah dua season Barca menang dgn Real........1 season lwn dua kali................Maknanya 4 kali Los Cules menang......Say boooooo to Real..........



07 April 2010

KRONOLOGI PERLAWANAN ANTARA FC BARCELONA v ARSENAL

2.30 PAGI :

Aku masih berada di rumah sambil surf tenet coz aku igt game start 3.45 pg. Tp bila aku bukak website Soccernet, aku terkezut coz game start 2.45 pg. Oleh yg demikian, aku dgn pantasnya menyiapkan diri dgn mengenakan jersi keramat Barcelona untuk tgk game tersebut dkt kedai Mamak yg mana aku penah gi kedai 2 masa final Barcelona lwn Manshitter United season lps. Tanpa berlengah masa, aku trus mencapai motor dan memecut sepantas kilat menuju ke kedai Mamak 2.

2.35 PAGI :
Skit lg nak sampai.....Aku harap2 bukak la....Tp rupa2 nya x bukak.....Chee Bai, apsal x bukak neh. Kat mana aku nak pegi...Aku pon try la usha kedai lain. Nasib aku baik, aku jumpa kedai. Tp aku tgk kedai tu ramai plak orang Cina...Tp aku x peduli, aku gi gak. Pastu aku tgk signboard....kedai Cina. Oh, sekali lagi Chee Bai di situ......Hajat aku nak order megi goreng ngan milo ais, tp dah sampai situ aku nak order aper....Tp aku nampak waiter org India, aku dah pening...Alih2 aku ckp kat dia, '100 Plus satu'. Habis citer.....Masa 2 aku ternampak sorang pakcik Melayu kat depan aku nie...Dia pakai jersi Arsenal, tp yg lama nyer la. X tau season bila nyer. Aku pon dok la sebelah pakcik 2........

2.45 PAGI - 4.30 PAGI
The game begins....Game nampak seimbang...Tp, minit ke 18, Nicklas Bendtner score......Bersorak org especially pakcik sebelah aku tu sambil menepuk peha aku. Masa 2 gak la ada bunyi-bunyian kat hanset pakcik 2.....Aku igt ada org call, tp dia x angkat. Rupa2 nya mesej. Tp dia biar gak lagu kat mesej 2. Setelah aku amati lagu yg bertajuk 'Soledad' nyanyian Westlife, aku syak nie live score message. Mungkin perbuatannya x angkat mesej 2 bertujuan utk menganjing aku..................Cis..........

Tp penganjingannya 2 x lama coz Messi lak score pada minit ke 21 hasil kesilapan drpd kuda tua Arsenal, Mikael Silvestre. Ni time utk aku bersorak plak sambil menepuk-nepuk tangan. Pakcik 2 pun tak ketinggalan meniru perbuatan aku kerana kagum ngan jaringan Messi, katanyalah. Live score message pun berbunyi buat kali kedua kat hanset dia.

16 minit kemudian, Messi score dgn hanya sungkit je bola 2......Sekali lg aku bersorak....Pakcik 2 semakin gelisah.....Lagu 'Soledad' cam biasa menambahkan lagi gelisah pak cik 2.......Benda yg sama gak berlaku pada minit ke 42....X yah aku nak citer byk kali.....Bila Messi dah ada dpn gol, saper pon x bley halang. Tp apa yg aku tgk, pakcik 2 mmg kagum ngan Messi.....Sambil2 tu aku baru la usha restoran 2....Aku nampak sumernya yg keje kat situ India....Nak kata Mamak, x mcm Mamak. So, untuk mendapatkan kepastian, aku tanya pakcik 2 dan dia kata restoran neh India nyer. Fuh......nasib baik aku bli 100 Plus je disamping dpt save duit aku......

HALF TIME : BARCELONA 3-1 ARSENAL
(Masing2 buat keje sendiri masa nie)

Masuk second half......Game byk dikuasai oleh Barca.......Pakcik 2 x puas hati dan selalu merungut coz Arsenal selalu lepas bola. Bila lepas je bola, dia mengeluh, x pon dia cakap, 'tgk 2,'.......Sambil mengeluh, dia still kagum ngan permainan Messi.....Bukan dia sorang je, aku tgk sendiri pun teruja. Senang2 je dia lpas 3,4 orang. Bak kata pakcik 2, 'bola melekat!'.

Melekat bkn sebarang melekat, melekat pon gol gak pada minit ke 88......Abou Diaby ngan Vermalaen pun x bley wat apa ngan Messi......4 biji dia score hari neh....Skali lg hanset pakcik 2 berbunyi..............Hanset aku pon berbunyi gak bila Rasydan call aku and Syafeeq Minhad mesej aku utk mengucapkan tahniah ke atas team fevret aku....

4.30 PAGI (Lebih krg camtu la) :
Prittttttttttt (3x wisel ditiupkan pengadil).......Tamat game, BARCELONA 4-1 ARSENAL (Barcelona menang aggregat 6-3).....So, ni dah masuk 3 season Barca gi semi-final...........Sebelum aku bayar 100 Plus yg berharga RM 1.60 (agak mahal di situ), pak cik 2 sempat bagitau :

'Arsenal main teruk hari ini. Main x bukak, pastu bola selalu lepas. Bila dapat bola je bagi kat orang lain. Lagi 1, Arsenal x nak beli player2 baru. Sumer harapkan player lama je. Bila ramai dah injured, camnie la jadinyer. Tgk macam Barcelona, sumer top2 player.'

Aku mengangguk je la apa yg pak cik 2 ckp.....Tp betul gak la apa dia cakap tu....Sampai bila nak berjimat......(X bley ckp lebih2, nanti kene saman).

4.40 PAGI :
Sampai kat rumah, aku terus update status aku kat Facebook......Dalam tu, sumer citer pasal Messi.......Mmg God sent 'Messiah' lah......










04 April 2010

MENARIK MINGGU INI


Ehh, ini citer lama dowh....

Yang nie baru skarang nyer.....




3 aksi di atas mungkin akan dilakukan oleh player2 ini ketika melayani kunjungan anak2 Pak Cik Wenger kat Nou Camp nanti.....

FC BARCELONA 3-0 ARSENAL
(Barcelona menang agregat 5-2)

21 Disember 2009

FOR THE FIRST TIME EVER..........JUARA DUNIA MILIK LOS CULES


Akhirnya...........Buat pertama kali dalam sejarah, Barcelona menang gak Piala Kelab2 Dunia FIFA sejak penubuhan kelab diorang pada tahun 1899. Lama dowh diorang nak tunggu.....Sebelum nie diorang ada gak sampai kat final dalam tournament nie tapi dua2 kalah masa tahun 1992 ngan 2006. Dengan kemenangan nie, maka tercapai la 'fairy tale' diorang untuk menang kesemua 6 piala dalam 1 season dan x keterlaluan gak aku katakan yg Barca la kelab pertama kat dunia menang sumer piala dalam 1 season. Guardiola sampai menitiskan air mata sebab x percaya yg Barca bleh menang piala nie dan bawak Barca sampai ke tahap nie. Kira piala nie boleh dikatakan menebus balik kekecewaan Guardiola la coz dia x dapat piala nie masa jadi player Barca dan jugak masa jadi coach Barca.

Pada aku, tarikh 19 Disember 2009 tu mmg hari yg bersejarah untuk dia. Dia dah buat sejarah yg x penah dilakukan oleh mana2 manager Barca sebelum nie. Pada aku gak, dia berhak untuk menangis coz dia dah letakkan satu team yg aku rasa akan jadi legend untuk player2 lain lepas nie. Bila ditanya kat saper kemenangan nie ditujukan, dia jawab, "I dedicate it to the players, especially because of their confidence. But also to a man who showed such faith in me and did so much to get me my position as manager. That’s Evarist Murtra, who always gave me such good advice. I’d like to dedicate to him because I know he’d be pleased to hear that, and he deserves it."

Walaupun dah jadi juara dunia pastu menang byk piala, Guardiola still merendah diri dengan mengatakan, "I didn't think I'd strong enough and I have more work to do." Aku rasa disebabkan attitude dia yg camtu la yg bawak Barca sampai ke tahap nie. Kalo korang perasan, dia dgn player dah macam 1 family. Celebrate gol sama2, training boleh gelak2 lagi.....Pendek kata relationship dia dgn player mmg erat. Compare ngan Real aku tgk time van der Vaart score pun dia celebrate sorang2 je. X de member2 nak dtg kat dia....Mungkin disebabkan dia bukan first eleven yg jadi camtu......Jauh beza ngan Barca. First eleven ke bukan, bila gol je, celebrate sama2.....Itu beza Barca ngan team2 lain........

Aku sebagai die-hard-fan Barca dah x tau dah apa nak cakap melainkan seronok gila babeng bila Barca menang sumer cup. So aku harap Barca boleh maintain performance diorang untuk buat lebih baik coz nak mempertahankan apa yg diorang dapat lg susah drpd nak menang. Yg aku sure, player2 Barca mesti jadi legend yg mungkin akan dapat ditatap sejarah diorang kat galeri Barca nanti.....Jom usha skit saat2 diorang jadi juara dunia.......


































30 November 2009

EL CLASSICO: HANYA 5 MINIT UNTUK IBRAHIMOVIC

Satu untuk Barca, telur ayam untuk Real........Itulah yg berlaku kat Nou Camp awal pagi tadi waktu Malaysia..... Ramalan aku untuk Barca mng 3-0 akhirnya meleset sebab kata dukun yg manage ramalan nie, dia nak bagi 3-0 tu kat Chelsea masa lwn Arsenal.......X kisah la, yg penting Barca mng pastu merampas balik takhta La Liga kat Real.

Sebelum game, Puyol ada ckp yg game nie 50-50.....So, dia pun x brani nak expect yg Barca mng.....Tapi si Ronaldo dengan nada bergurau kata dia nak sumbat 10 atau 20 gol.......Ko nak buat 1 gol pun seksa, inikan nak buat gol byk tu......

Malam 'El Classico' kat Nou Camp penuh ngan penyokong2 Los Cules ngan Los Galaticos......Tapi dah sah2 la penyokong Loa Cules lg ramai....Dua2 team lak byk player yg worldclass.....So, sume org kat seluruh dunia mesti nak tgk player2 nie beraksi.....

Suasana kat Nou Camp






Sempat mencapap sebelum game........





Barisan Los Cules......Lawa windbreaker......



Perlawanan nie menyaksikan Real lagi banyak membuat percubaan 'shot on goal' iaitu 16 kali berbanding Barca iaitu 9 kali walaupun Barca menguasai game dgn 62%......Tapi dari 16 kali tu, 1 pun x gol......Ronaldo, Marcelo, Benzema....hancusss.......Real mungkin boleh mng game nie sepatutnya.....Tapi nak mng kat Nou Camp? Jgn mimpi la.......


Percubaan dari Marcelo





Menyesal x sudah Ronaldo bile x buat 10 gol.......1 gol pun haram.........




First half, 0-0.......Second half, Pep Guardiola masukkan Ibrahimovic menggantikan Henry yg x brape nak menjadi pada minit ke-51. Mungkin dia asyik pikir pasal game playoff ngan Ireland dan jugak kutukan org kat dia. Baru je 5 minit beraksi, Ibrahimovic dah meledakkan gol 'half volley' hasil hantaran dari Dani Alves. 1-0 untuk Barca....


Gol Ibrahimovic secara 'slow motion'



Melompat riang anak kepada Sefik Ibrahimovic ni........





Berfoya-foya selepas menjaringkan gol.......





'5 minit je aku wat gol.....' Begitu angkuh skali Ibrahimovic....



Lepas tu, Real Madrid mula wat asakan bertali arus pas gol tu.......tapi still tak dapat gol gak walaupun Benzema masuk menggantikan Ronaldo.....Barca gak berpeluang nak tambah gol tapi Messi lak sia2 kan peluang tu bila 'face to face' ngan Casillas.

Game yg dimainkan oleh dua2 team ni pun agak kasar gak coz byk kad kuning.....kat Real la byk....4 kad.....Tapi dua2 team main ngan 10 org bila Sergio Busquets kena kad merah pada minit 63, Lassana Diarra lak minit 90......Kalo x kene kad merah pun bknnya bleh mng pun......Barca rilek je......


Player Real buat kecoh bila Diarra kene kad merah.........Last minute pun nak kecoh........

Final score, 1-0 dan result nie membolehkan Barca menerajui takhta La Liga dgn kelebihan 2 mata.........2 mata x jauh so Barca kene pulun game2 lps nie......Lepas game nie, Real mesti akan balas dendam balik kat Santiago Bernabeu.......atau diorang kalah lagi mcm season lepas?......Sama2 kita nantikan........