26 Oktober 2010

TAKZIAH BUAT PAUL.....................

Paul masa zaman kegemilangan beliau...........


Setiap yang hidup pasti akan mampos........Itu mmg x bleh dinafikan oleh kita sebagai manusia yang kerdil di dunia yang sementara ni. Paul, makhluk Tuhan paling seksi yang jugak mengegarkan dunia dgn tilikan game bola sepak akhirnya pergi menemui Ilahi. Aku tau berita ni time aku makan nasi goreng ikan masin (nasi lebih), telur dadar dgn limau ais kat Jesmi Tomyam yg x jauh dari rumah aku. Nasib baik aku x order sotong goreng tepung, kalau x, mau x makan sampai bila2 makanan yg menjadi fevret rakyat Malaysia ketika makan bersama keluarga, rakan taulan dan juga org yg tersayang. Berita tentang pemergian Paul ni bolehlah korang tgk kat sini..............

X pe la Paul, at least ko mati jadi bangkai. X de la jadi macam..............





Apapun, R.I.P Paul..........

21 Oktober 2010

WORLD CLASS PERFORMANCE BY WORLD CLASS BAND

Orait, at last tercapai gak hajat aku utk pergi konsert Paramore Live in KL yg mungkin merupakan sekali dalam seumur hidup @ a dream come true. Malas nak citer panjang, tgk je la apa yg aku dpt kat sana.....



Time aku dtg tu, berduyun-duyun manusia tunggu nak masuk


Sebelum konsert start...


Opening performance dari band Y2K. Aku x pernah dgr band nie tapi boleh tahan mantap la diorang nie. Ala2 Paramore coz ada sorang perempuan tapi pakai topeng ala2 Luchadores.


YEAH........Kain hitam dah ditutup yg menandakan bahawa Paramore akan rockin' Kuala Lumpur!




















Konsert tamat......


Sgtlah comel Hayley Williams bila dia cakap 'Terima Kasih!'


Ramai yg sebut, 'We want more!' byk kali. Tapi apakan daya, konsert tu sejam setengah je......Time ni org dah nak balik.......



Time nak balik tu, terserempak dgn Lisa Surihani. Sayang lak gambar x clear..........


PS3 ticket...........Tapi dpt duduk yg PS2 punya. Mmg bertuah betul la..........



Seriously mmg sgt x puas tapi OK la........Mmg energetic sungguh Hayley William and also yg lain2. A very very very awesome experience coz x tau lagi bila diorang akan dtg Malaysia lagi. But as Paramore fans, yg dah pegi atau x dpt pergi, mesti nakkan diorang dtg balik. Hayley sendiri dah mengaku, 'We should be here a long time ago,'. So, aku sgt la berharap yg ada keluar DVD Paramore Live in Kuala Lumpur. I only want to say that they are really rockin' Malaysia!!!!!! PARAMORE, YOU'RE REALLY F****** INCREDIBLE AND AWESOME BAND IN THE WORLD!!!!!!!!

18 Oktober 2010

LESS THAN 24 HOURS........

Ya............tuan2, puan2, makcik2, pakcik2, datuk2, datin2, kakak2, abang2, adik2, anak2 sekalian..........Akhirnya berjaya gak aku beli tiket konsert Paramore. Actually mula2 mmg susah nak beli coz Ticket Pro punya outlet utk beli tiket ni kat PJ. Aku sebagai org baru kat Shah Alam neh mana la tau nak gi sana. Nak beli online kena pakai Visa atau Master Card. Mana la aku ada kredit kad........

So, aku try cari kat Mudah and then dapat.............Siap dpt diskaun lg......Bkn 10%, 20% tapi lebih 50% kot! Dia ada 2 tiket P23 (RM 268 setiap 1) dgn 2 tiket PS3 (RM 168 setiap 1). Dia x jadi pegi konsert Paramore coz ada meeting kat Singapore. So dia nak jual tiket PS2 RM 150 setiap 1 dan tiket PS3 RM 80 setiap 1. So, dgn pantasnya aku deal dgn org nie utk tiket PS2. Bukan senang dowh nak cari tiket murah cam gini. Lepas aku SMS dia, dia bg krg lagi harga tiket dari RM 150 jadi RM 130. Yang RM 80 jadi RM 75. 'Wow!' kata aku ala2 Jamal Pak Tongko dalam citer 3 Abdul. So kitorang set jumpa kat Mek D Seksyen 2. Memandangkan dia dok kat Kelana Jaya and x tau jalan ke Shah Alam, dia ajak adik dia skali tunjuk jalan..............

Tapi belum sempat aku nak gerak, dia call balik. Dia kata dia x jadi gi meeting kat Singapore. So nak x nak terpaksa la amik yg PS3 coz dia nak yg PS2. Ah, x kisah la, janji dpt pergi dah cukup baik coz aku pikir benda nie skali je dalam seumur hidup. Bila lagi dia nak dtg Malaysia pun aku x tau. Westlife pun x salah aku 2 kali je dtg Malaysia..............


Gambar dari orang yg aku deal kat Mudah 2. Tiket ada kat member aku, so x bleh la nak berlagak depan kamera............Menyesal lak soh dia pegang.

Stakat yg aku tgk tadi la kan kat website Ticket Pro, tiket still ada lagi kecuali kat PS3. That means aku mungkin bersesak-sesak skit la dgn org lain.......


Kalau byk yg x jual, silap hari bulan, boleh lelong kat depan stadium tu. PS1 @ Rockzone bawah RM 100. Wow!

Orait, 1 keje dah setel. Skarang nie cara nak gi lak. Nak gi Stadium tu aku mmg x tau. Member aku pon sama. Nak naik kete pun takut sesat (Kete pon x de ko yah la nak bising2 Saudara Yeop!). Ada yg suggest pegi naik KTM Padang Jawa ke KL Sentral pastu terus ke Bukit Jalil. Kata diorang la. So, kene pegi awal la maknanya. In case kalau sesat nanti x yah nak rushing sgt..............

Lagi 1, tolong doakan aku ngan member aku x sesat, selamat pegi dan selamat balik coz pasni aku ada final exam plak. Jom usha skit sepatah dua kata dari Paramore yg nak datang Malaysia neh.......



Apsal diam je cik Hayley.......?