30 November 2010

MORE THAN A CLUB

29 November 2010

PARAMORE BERMAIN DENGAN TUHAN



Playing God, fifth single from their album, Brand New Eyes.

22 November 2010

NATRAH : THE STORY OF A GIRL

Saper Natrah? Makcik jual kuih di tepi Jalan Raja Laut? Pengguna Jus Mate 5 Dr. Rozmey ataupun awek aku? Oh tidak......Straight 2 the point, korang mesti pernah dengar citer Natrah yg berlaku tahun 50-an dulu di mana keluarga kandung dan keluarga angkat dia berebut utk hak penjagaan dia. Tapi citer tu x habis kat situ coz ia gak melibatkan soal agama di mana Natrah terpaksa menukar status agama dia dari Islam ke Kristian yg menyebabkan Rusuhan Natrah pada tahun 1950.

Actually aku dah lama tau pasal citer ni time aku darjah 4 atau 5 camtu. Masa tu aku baca citer Natrah kat dalam buku rekod Malaysia kat library sekolah aku. Aku x tau kenapa citer dia masuk dlm buku rekod. Aku x kisah sgt, tp pada aku peristiwa ni menandakan bahawa kat sinilah bermulanya kes2 murtad yg ada kat Malaysia.

The story began bila dia dilahirkan pada 24 Mac 1937 dekat Jawa, Indonesia dgn nama Maria Hubernida Bertogh. Masa umur dia 5 tahun mak dgn nenek dia bagi Natrah kat sorang perempuan yg bernama Che Aminah Mohamad, seorang penjual kain. Tapi time tu bapak si Natrah ni x tau coz dia kena tawan dgn Jepun. Pada tahun 1945, Che Aminah bawak balik Natrah ni ke Kemaman, Terengganu. Hiduplah dia kat sana dgn budaya dan cara hidup Islam.

Natrah dan ibu angkatnya, Che Aminah


Time tu jugak la bapak Natrah dibebaskan. Dia try cari Natrah bila dia tau Natrah x de. So, masa dia ada kat Belanda, dia mintak tolong member2 dgn pegawai2 Inggeris dan Belanda tolong carikan. Last2, Natrah dijumpai oleh Arthur Locke, Penasihat British kat Terengganu time senaman kat Sekolah Perempuan Melayu Chukai.


Kat situlah bermulanya kes utk merebut hak penjagaan Natrah. Che Aminah menang kes tu dan lepas tu dia kahwinkan Natrah dgn Mansor Adabi, seorang cikgu dkt Singapura. Time tu, Natrah baru 13 tahun, Mansor Adabi plak 22 tahun. Tapi ia x habis kat situ. Parents Natrah still nak anak diorang balik dan benda ni dibawa ke mahkamah balik.



Natrah time dia diijabkabulkan dgn Mansor Adabi


Pada 12 Disember 1950, mahkamah menjatuhkan yg Natrah mesti diberi dkt parent dia. Lepas tu, diorang balik ke Belanda dan Natrah dikristiankan. Masa tu jugak la rusuhan yg dinamakan Rusuhan Natrah berlaku coz kecewa yg Natrah dimurtadkan. 18 org mati dan 173 org cedera.


Time dekat mahkamah


Natrah bersama dgn ibu kandungnya


Start dari kiri : Peguam Ahmad Ibrahim, Natrah, Che Aminah, Mansor Adabi dan bapa angkat Mansor, M.A Majid.


Tunjuk perasaan di Singapura






Bila dah sampai Belanda, dia dikawal ketat oleh polis Belanda. Mansor Adabi ada bagi surat kat Natrah dan Natrah pun camtu gak. Masing2 dah berkahwin lain. Mansor Adabi kahwin dgn anak murid dia dan Natrah dengan seorang tentera. Natrah kahwin sebanyak 3 kali. Boleh dikatakan hidup dia x bahagia coz penah ditangkap kerana cuba membunuh suami pertama dia. Pada tahun 1984, dia pergi ke US utk hidup kat sana dan tinggalkan anak2 dia kat Belanda. Kat sana dia buat mcm2 kerja seperti tukang masak, pengemas hotel dan motel pastu kerja mencuci rumah dan bangunan. Sesungguhnya jiwa dan raga dia mmg terseksa coz kehilangan org yg disayangi. Pada 9 Julai 2009, Bertha Hertogh dilaporkan meninggal kat Huijbergen, Belanda. Dia meninggal time umur dia 72 tahun.


Seriously, amat sadis dan sedih citernya. Natrah pergi dgn jiwa dan raga yg terseksa. Kalau nak tau lg lanjut pasal citer dia, usha2 la citer dia kat internet. Mmg banyak. Aku skarang ni tgh cuba utk mencari buku pasal Natrah dan kalau ada rezeki nak beli coz nak tau lg lanjut pasal citer ni.


Natrah: Cinta, Rusuhan dan Airmata oleh Fatini Yaacob. Boleh beli kat sini.


Fatini Yaacob dgn Natrah masa kat US pada tahun 1989. Setelah lama menjejaki Natrah, akhirnya jumpa jugak......


Skarang ni pun teater Natrah musim ke-2 dah start atas permintaan ramai kat Istana Budaya bermula 25 November ni......


Pelakon yg sama iaitu Maya Karin (Pengacara Nona) & Remy Ishak (Duta Dashing)


Kisah ni maybe x ramai yg tahu especially org2 muda skarang. Mak bapak kita atau grandparents kita mesti tahu citer Natrah ni. So, jadikanlah iktibar supaya kes2 camni x berlaku lagi. Semoga Allah menguatkan iman dan akidah kita. Amin.......

12 November 2010

DR. ROZMEY DAN 2 ALAMNYA




85 sinema Malaysia, 20 Singapura, 1 Brunei serentak 18 November RM 40 juta dR. Rozmey


Perkataan 2 lah yg slalu keluar kat paper Kosmo tiap2 hari bila aku baca. Yeah tuan2 dan puan2, tinggal beberapa hari je lg filem pecah panggung 'kebanggaan' rakyat Malaysia nak kluar. Actually, ramai gak yg nyampah dgn Dr. Rozmey atau nama manjanya DDR coz kata2 nya yg berbaur riak/bongkak/ujub/takbur kerana confident yg filem 2 Alam ni dpt RM 40 juta. Mula2 dia target RM 12 juta je, pastu RM 20 juta dan yg latest RM 40 juta.


DDR bersama-sama awek2 Herba Prima dan Jus Mate 5


Kat Kosmo kalau korang selalu baca, karangan2 dia byk memaparkan kekonfidenan beliau yg filem 2 Alam ni dpt sambutan dari sumer lapisan masyarakat. Antaranya :


"Setelah lapan purnama berlalu di mana jua ceruk rantau sama ada di bandar, kampung, desa dan pekan, di hutan, dusun, pendalaman, gua dan gunung semua mahu, semua teruja, semua mengigil dan semua demam fenomena dR. Rozmey 2 Alam."

"Gelombang warna-warni, suara2 dan lenggok tari kejayaan yang terjadi pada tanggal 18 November 2010 apabila DDR berjaya lakukan pecah panggung RM 40 juta yang terasa di seluruh negara bahangnya."

"Filem 2 Alam dinukilkan dengan seni tertinggi menerusi seram tanpa hantu, takut tanpa kata2 dan ngeri tanpa dialog yang memungkinkan penonton menangis dan mungkin pengsan sehingga dipapah keluar panggung."


Byk lagi lah yg dia tulis dlm Kosmo. That's why org agak menyampah dgn dia coz org yg baru masuk industri perfileman cam dia bleh target kutipan yg boleh dikatakan agak x munasabah. Director2 filem yg mantop cam David Teoh n Datuk Yusof Haslam pun aku rasa kalau dikumpulkan jumlah kutipan filem2 diorang dulu baru boleh dpt RM 40 juta. Kutipan tertinggi dlm sejarah filem negara pun x sampai RM 8 juta. Jom usha skit Top 10 filem Malaysia yg dpt kutipan tertinggi sepanjang zaman.............


1. Adnan Sempit (MIG Production) - RM 7.66 juta

2. Jangan Pandang Belakang (MIG Production) - RM 7.5 juta

3. Lagi-lagi Senario (Grand Brilliance Sdn. Bhd) - RM 6.3 juta

4. Geng: Pengembaraan Bermula (Les' Copaque Production) - RM 6.31 juta

5. Jangan Pandang Belakang Congkak (MIG Production) - RM 6.09 juta

6. Evolusi KL Drift 2 (Skop Production Sdn. Bhd) - RM 6.07 juta

7. Cicak-Man (KRU Studios) - RM 5.15 juta

8. Duyung (KRU Studios) - RM 4.679 juta

9. Gerak Khas The Movie (Skop Production Sdn. Bhd) - RM 4.40 juta

10. Senario Lagi (Grand Brilliance Sdn. Bhd) - RM 4.37 juta


Yg target RM 40 juta 1 hal, 1 benda lagi lak dia kata nak bawak Pamela Anderson yg pernah berlakon citer Baywatch tahun depan utk filem dia yg akan datang. WOW!


Pasni boleh la DDR bagi try Jus Mate 5 kat Pamela. Mana la tau, mungkin boleh menghilangkan lemak2 yg ada kat 'gelembung2' dia tu.......



Agak nak tergelak di situ sebenarnya bila dgr mcm2 benda yg agak mustahil dari DDR. Tapi kalau dia dah rasa confident, biar je lah. Jgn sampai kene kutuk kalau x sampai target dah la. Gud luck DDR!