31 Mac 2010

A WALK TO REMEMBER......

Tup-tap, tup-tap, akhirnya tamatlah sudah pengajian aku kat UiTM Perlis.......Rasa kejap betul masa berlalu....Aku still ingat lagi time aku nak daftar kat situ, pastu ada MMS (Minggu Membuli Siswa), kene tgk bintang pastu kene lenyek ngan abang2 OC.....Masa MMS gak la aku berjumpa ngan member2 baru yang satu course ngan aku, Diploma Pengajian Sukan....Time 2 lah kitorang disuruh memperkenalkan diri oleh lecturer2 dan gak berkenalan ngan member2 baru dari serata negeri dengan perangai masing-masing.......X lama pastu, kitorang telah bersetuju untuk bagi nama kat batch kitorang sendiri iaitu....

SR XIPHOID

SR tu merujuk kepada Sportrec, nama glamer untuk Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Xiphoid tu plak nama tulang kat dada. So, dengan nama 2 la kitorang guna dari awal semester sampai ler tamat pengajian kitorang.....Bila dah sampai habis semester nie, seriously aku rasa sedih sangat2......Boleh kata aku x penah rasa sesedih nie....Terkeluar gak la air mata aku bila terkenang memori2 ngan batch aku nie.....Aku berani kata yg member2 seangkatan ngan aku pun mesti ada perasaan sedih. Kalo x byk pun mesti adanyer lah skit....... Bukan 2 je, aku pun terkenang gak life aku kat Perlis....Mmg ada org kata Perlis 2 x berapa maju...Setakat ada The Store jer....But 4 me, Perlis la tempat yg paling seswai untuk menuntut ilmu. Environment dia yg tenang, kurang pencemaran......Susah la aku rasa nak dpt kat tempat lain. So, aku suggest saper2 yg nak sambung blajar, gi lah kat negeri ilmu nih..... Hmm, pasnie byk benda yg tinggal kenangan antara batch aku ngan negeri Perlis nie....Moh usha skit benda apa yg aku rindu sgt 2......

1. Kawan-kawanku : Mcm2 gelagat dan perangai diorang....Tapi yg best bila diorang kene prank, memprank orang, dan x lupe gak bila diorang digosipkan ngan member2 yg lain......

2. Makanan : Pada aku, x kisah la apa jenis makanan kat Perlis nie, boleh dikatakan ianya agak murah kalo nak compare ngan tempat2 lain. X caya? Datang sendiri la tgk.....

3. Emkay dan Naz : Roomate aku yg paling setia.....Dari Part 1 sampai la Part 5 kitorang dok satu bilik kecuali Emkay yg duduk sekejap sebelum duduk luar coz budak course dia ramai yg dok luar. Apapun, byk benda baru aku belajar ngan diorang. (Kalo ada anugerah roomate paling lama bertahan, mmg kitoranglah yg menang...) Satu benda je nak cakap, korang mmg best!

4. Futsal : Aku x der la terer main futsal, tapi bolehlah untuk mengisi masa lapang ngan member2...X kira la kat Dynamic Futsal kat Pauh, D'Futsal Centre kat Kangar mahupun kat Kompleks Sukan UiTM Perlis....At least ada gak aku menjaringkan gol dan assist untuk member aku buat gol. Kira terer gak la aku ni kan?

5. Padang Besar : Syurga membeli-belah untuk pakcik2 dan makcik2 yg suka beli toto, selendang dan para remaja yg gilakan jersi cam aku. Jersi kat sini bukan jer murah, kualiti pun bagus. Kalo x tempat lain, susah nak cari harga cam kat sini. Pasni x de can la nak singgah.......

6. Instructor : Walaupun x lama aku jadi instuctor, at least ada la skit pengalaman aku bawak junior2 gi team bulding, Pantai Merdeka dan Pulau Pangkor.

7. Skuasy : Antara sukan yg aku suka main semenjak aku Part 3......Antara yg selalu main ngan aku adalah Saudara Bert. X lupa gak ngan member2 lain yg turut memeriahkan aktiviti nie.....

8. Rindu seseorang : Sampai sekarang aku still rindu ngan sorang member pompuan aku nih....Tp kita hanya merancang, Tuhan yg menentukan...Aku harap dia sukses ngan apa yg dia buat pasnie...Chaiyok gurl!!! (Aku buat pengakuan berani mati ke???)


X aku lupa, aku ucapkan THANK YOU VERY MUCH kat orang2 di bawah nie yg telah mengajar aku dari awal sampai akhir sem. Terima Kasih ngan ilmu yg anda sumer bagi.....x de anda, siapalah saya yg miskin ilmu nie.....

SIR AHMAD FIKRI
SIR DZULKARNAIN
SIR KHAIRUL AMRI
SIR AHMAD FAUZAN
SIR SYED SHAHBUDIN
SIR HASNUL FAIZAL
SIR THAM YIN CHONG
DR. KHOR POY HUA
MADAM AZZURA
MADAM RADZLIYANA
SIR YUSAINY
SIR ISMAIL

SIR ZUL RUSYDI

USTAZ DAN USTAZAH

LECTURER2 YANG AJAR SUBJEK BEL


Setiap yg bermula, pasti akan berakhir..Mmg itulah adat manusia yg hidup kat dunia nie......Aku rindu ngan member2 aku, rindu ngan Perlis especially Arau, rindu ngan aper je yg ade kat sana yg mengajar aku apa itu kehidupan........6 semester aku bersama diorang, dah mcm2 benda kitorang lalui. Pasnie, kitorang dah x bleh jumpa cam slalu.....Sume akan pergi dgn life masing2....Even kitorang bertemu dekat degree sekalipun, tp bukan sumer yang ada kat situ.......Kepada XIPHOIDIANS, aku berharap semoga korang sukses ngan apa yg korang buat pasnie dan semoga apa yg dilakukan mendapat keberkatan oleh Allah S.W.T.....Walaupun jauh di mata, tp dekat di hati...

SR XIPHOID......MY HEART, MY SOUL





And all I've been doing is protecting
A lie for the sake of my pride
While all the others set me thinking
we could be more than just amazing

-Westlife, Amazing-

28 Mac 2010

THANKS 4 DA MEMORIES.........

Fuhh.......Agak lama aku x meng'update' blog nie sejak dari awal bulan ni lagi.....Mmg aku sendiri x de masa (alasan sama yg digunakan oleh mana2 blogger atau manusia kat dunia nih) untuk update blog.....hahaha......

So, dipendekkan citer, aku nak berkongsi skit la tentang latihan praktikal aku kat Universiti Sains Islam Malaysia @ USIM kat Nilai,N9. Masa aku mula2 mintak kat situ, lecturer aku bertanya, 'USIM??? You duduk Perak pergi N9.....Transport camner?' Aku cakap 'OK' padahal aku x terpikir pon pasal benda2 tu....The important thing is aku dapat kat saner.....Yg lain tolak tepi.....Sebab mmg dari dulu aku nak pergi sana bila tgk senior2 praktikal kat sana...

So, nasib menyebelahi aku......Dapat gak kat sana dengan dua org lagi member aku, Rasydan (juga seorang blogger) dan Saudari Ude (x de blog lg). Yg menjadi masalah ialah transport dan rumah sewa.....Tapi nasib baik la senior aku ada no phone tuan punya rumah yg diorang sewa dulu yg kemudiannya di 'settle' kan oleh Rasydan......Thanks gak kat Pak Su aku coz provide motor as transport untuk kitorang gi kerja@merayau-rayau@karaoke walaupun motor tue dah senja......Kebetulan lak Pak Su aku dok kat area Sepang, dekat2 ngan Nilai......So, the life in Nilai begins.........

Bandar Baru Nilai.......First impression aku, bandar ni biasa je......Tapi aku silap.......Bandar nie dah nampak membangun......So, harga2 barang kat sini pon 'membangun' gak la. Seyes, dok kat Nilai nie mmg kene struggle coz barang2 kat situ mmg mahal......Kalau kat Perlis, Milo ais bleh dapat dalam RM 1.20, RM 1.30.Kalau kat Nilai, jangan harap la nak dpt harga camtu.....Paling kurang yg aku penah bli RM 1.80.....Kat kedai Mamak usah citer la.......So, taraf hidup kat sana mmg lah tinggi.....Duit sewa rumah, nak berfoya-foya, minyak motor, motor (Pak Su aku ambik motor pun kat rumah sedara dia, so sebagai tanda terima kasih, kitorang disuruh bayar RM 100 sebulan kat pemilik motor tu.....Melayang lagi duit....) Tapi yg best kat sana, boleh dikatakan mcm2 ada cam Kay Ef See, Pizza Hart, Mek Donel, Jayen, Sekret Resepie.....Paling best, Restoran As-Salam...Kat Nilai je ade 5 branches......Org2 kat sana pon macam2 ader.....Pak Hitam la paling selalu aku nampak...Ye la,kat sana bukan USIM je, IPT lain pon ada gak cam Nilai International College, Inti College, UIA, Murni Nursering College.....i2 je la kot.....2 pasal Nilai nie meriah.......

Citer pasal USIM lak.......Actually aku nak citer skit je la coz aku pon dah post benda nie dulu......Overall, aku ngan member2 aku agak terkilan skit la coz kalo nak diikutkan kitorang byk dok office.Kitorang pon x byk pergi event luar macam hantar atlet USIM yg gi tournament. Event kat USIM pon x jalan2 lg masa 2. X macam senior2 aku yg lepas, diorang gi macam2 event. Member2 aku yg lain pun byk gak gi bawak budak, event tulah, event nielah.....Tp walau camner pun, ada gak la sumthing aku blajar kat sana.........Anyway, thanks 2 staff2 Pusat Sukan USIM yg byk ajar kitorang, bagi nasihat, menyakat kitorang dan juga sudi buat jamuan perpisahan untuk kitorang time hari terakhir kitorang kat sana. Siap bagi hadiah lagi.....Once again, Thanks......



DARI KIRI, BERDIRI:

Hafizuddin @ Badul :
Bile x der keje, Youtube menjadi peneman di kala sunyi.

Rashide @ Macha :
Penah main bola sepak untuk Malaysia Under 14. Ade awek yg juga merupakan student kat USIM. Kantoi....

Siti Mastura @ Kak Mas :
Nampak garang, tapi baik sebenarnya. Dah nak kawin x lama lagi, Selamat Pengantin Baru!

Siti Nadia @ Kak Nad :
Suara dia iras2 Abby Fana. Suka sangat sebut 'kepala bana'. Bila aku tanya pe bender kepala bana 2, dia senyum je. Juga merupakan seorang penjual burger. Aku harap perniagaan burger dia bertambah maju. Amin.......

Nor Saleza @ Kak Leza :
Seorang yg berdedikasi ngan kerja. Tgh pregnant anak kedua. Semoga anak dalam kandungan 2 sihat sejahtera dan selamat bila dilahirkan. Amin sekali lagi....

Muhd Syairazi @ Abe :
Antara staff yg paling pandai buat lawak, menganjing orang dan buat gosip2 liar. Dialah yg rajin layan kitorang. Dia pun nak kawin gak tahun nie. Selamat Pengantin Baru!

Mohamad Rajee @ Ase :
Dia pun pandai buat lawak gak dan rajin gak melayan kitorang. Dia penah main untuk kelab hoki OLAK ( Old La Sallians Associations of Klang).

Sulaiman @ En. Leman :
Seorang yg minat OUTDOORRRR........Dia mmg pantang kalau tgk student rambut panjang. Dia gak suka psycho student yg datang nak pinjam alatan sukan kat Pusat Sukan.


DARI KIRI, DUDUK

Nur Ekmal @ En. Ekmal :
Pegawai Belia dan Sukan USIM. Banyak kali keluar kat surat khabar dan TV coz dia adalah Pegawai Koordinator Media untuk MASUM, kira orang kuat media la nie. Penah pegang macam2 jawatan cam Pengerusi Taekwondo dan Bola Keranjang MASUM dan Naib Presiden Persatuan Taekwondo Malaysia (MTA).

Mejar (B) Mohd. Bahar :
Pengarah baru Pusat Sukan USIM. Adelah dalam 5 bulan camtu....

Mazilan @ En. Lan :
Pegawai Belia dan Sukan USIM. Dia nie pun kaki masuk air gak.....Membahasakan dia 'aku' kat sasaper termasuk kitorang gak.

Hoo.....Mmg banyak memori time aku ade kat negeri orang cam Nilai nie. Bak kata orang, jauh perjalanan luas pengalaman. Banyak jugak aku belajar camner nak hidup kat negeri orang....belajar berjimat, respect orang, belajar merempit bila lambat masuk keje dan macam2 lagi......

Oleh yg demikian, sudilah kiranyer korang menjenguk gambar2 yg aku sediakan......Thanks 4 da memories....


Pas yg kitorang guna buat sementara waktu sementara nak tunggu pas yg baru...



Jeng jeng jeng.......



Besar gedabak ABC kat Nilai........X larat nak habiskan.....



Sempat mencapub dengan kad ATM Bank Islam yg baru lepas yg lama punya dah rosak



Sambil bawak helikopter, sempat gak aku tangkap gambar kat Nilai 3, pusat borong paling besar di Malaysia



Pegawai Belia dan Sukan USIM tahun 2017



Terima Kasih Cikgu.....

01 Mac 2010

NIYANG RAPIK : DOSA SILAM KEMBALI MENGHANTUI......


Hmm.......Buat pertama kalinya aku terpanggil untuk komen filem Melayu dalam blog aku.....Sebelum aku balik ke Perak, sempat gak aku tgk citer Niyang Rapik kat Terminal One, Seremban. Mmg ramai la yg tgk wa cakap lu......Mungkin disebabkan trailer dia yg seram membuatkan org nak tgk filem nie........

Tapi lepas sejam lebih kat dalam panggung tu, apa yg dapat aku simpulkan ialah filem dia sama je macam filem seram lain kat Malaysia nie......Seram dia x kuat sgt......Sama la macam citer Santau.....Yg aku tgk kat panggung 2 ramai yg gelak daripada terkejut atau menjerit. Mau diorang x gelak bila si Shaheizy Sam buat lawak dalam filem 2.......Tp apa yg menarik kat filem nie ialah dia buat kita tertanya-tanya......Ingatkan diorang jadi camtu sebab benda tu, tp sebenarnya ada benda lain lak yg sebenarnya terjadi........

Apa yang dikatakan oleh aku nih.....? Aku nak citer pon x best la...........Korang kene tgk sendiri kat panggung......Apa yg boleh aku katakan, walaupun filem nie penuh tanda tanya, tetapi ada gak terselit unsur pengajaran2, bukan seram.......Tapi filem nie aku rasa boleh jadi filem box-office.......Nilai la sendiri.....

RATING AKU : 3.5/5

BUDDHA BLESS - ยังไหว (YOUNG WAI)

OST untuk filem Raging Phoenix