31 Disember 2010

SEKITAR BULAN DISEMBER

Mengikut entry aku kali ni, aku hanya mampu mengimbas kembali kejadian2 sepanjang bulan Disember je. Nak imbas 1 tahun mmg x larat aku. Kalau nak tgk imbasan sepanjang 2010, sila ke ruang tamu rumah korang utk tgk sorotan tahun 2010 kat TV. Bulan Disember byk gak kejadian, tapi aku igt sikit je.

  • Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu berundur lepas 31 tahun memimpin parti itu dan menyerahkan jawatan kepada timbalannya Datuk G.Palanivel. Dulu, seingat aku, dah berapa kali dia cakap nak lepas jawatan tapi x jugak. Lama kot, dari 1979 lagi.

Dgn pengunduran ini, diharapkan beliau dpt menggunakan masa untuk memperbanyakkan ibadah beliau.

  • Kes bunuh tiga warga Myanmar dekat Selangor (kat daerah mana aku dah lupa). Kejadian ini mengingatkan aku tentang kes bunuh dekat Pangsapuri Rimba 2, Seksyen 16, Shah Alam yakni rumah sewa lama aku. Time kejadian tu, aku tgh final exam kertas Human Resource. Dalam kejadian tu, warga Myanmar tu ditikam 9 kali dekat dada menggunakan screw driver (mantap!)

Pangsapuri Rimba 2 in memory........


  • Kemalangan dekat highway Simpang Pulai - Cameron Highlands yg meragut 27 nyawa. Kejadian tu adalah yg terburuk dalam sejarah pengangkutan negara. Beberapa hari lepas, aku pergi Ipoh dan aku ternampak bas tu dekat Balai Polis Ipoh. Teruk jugak bas tu. Bahagian atas dia hancur. Takziah buat keluarga mangsa.

Berhati-hati di jalan raya. Ingatlah org yg tersayang

  • Russia dan Qatar menang bidaan utk Piala Dunia 2018 dan 2022. Tapi ada gak yg x puas hati dgn kemenangan Qatar coz negara tu panas ditambah plak dgn rekod bola sepak Qatar yg x pernah pergi Piala Dunia. Yg penting, England sudah kalah diorang punya bidaan. David Beckham yg menjadi pujaan ramai wanita pun gagal tolong negara dia utk menang bidaan World Cup.


Setakat ni, aku x pernah tgk lagi Anugerah Skrin ataupun ABPBH buat style yg Blatter buat ni, bukak result depan2.....


Pak Arab dan Mat Salleh dari Russia

  • Selesailah sudah group stage untuk UEFA Champions League. 17hb lepas, undian utk pusingan Round of 16 dilakukan. Sepertimana biasa, Barca akan jumpa Arsenal yg x serik2 dikitai 4 biji oleh Messi di Nou Camp. Bayern pulak akan cuba membalas dendam kat Internazionale bila diorang jumpa balik di pusingan ni. Final akan diadakan di Stadium Wembley pada 28 Mac 2011 di kala ketika itu, budak2 part4 tgh ambik intersession.

Juara kali ini yg berada di list yg no. 3 bawah sebelah kanan




  • PTPTN telah pun masuk ketika aku mencuba nasib dekat Maybank ptg tadi. Syabas kepada PTPTN!


SELAMAT TAHUN BARU 2011!


29 Disember 2010

SELEPAS 14 TAHUN........

Malas aku nak citer panjang2 coz rakyat 1 Malaysia dah tau. Kalau nak cerita lanjut, sila ke blog member secourse aku, Saudara Bert.


1st game, Malaysia diganyang 5-1 oleh Indonesia yg dikuatkan dgn player import yg kononnya hebat iaitu Cristian Gonzales dari Uruguay


Cristian Gonzales ataupun nama Islamnya Mustafa Habibi


Saper yg main laser dulu sebenarnya? Kat belakang tu ialah Irfan Bachdim. Dia ada cewek yg bernama Jennifer Bachdim, seorang model dan ceweknya sgt cantik sekali.


2nd game, lawan Thailand, juara tiga kali Piala AFF. Perlawanan hidup mati untuk Malaysia. Nasib baik seri 0-0, so ada can Malaysia nak pergi ke next stage


First debut Khairul Fahmi Che Mat dalam Piala Suzuki AFF


'เป็นของฉันเกิดอะไรขึ้น,' kata pemain Thai tu.....


Last game, Malaysia v Laos. Menang 5-1, mara ke separuh akhir


SEMENTARA ITU........


'I'm sorry' kata coach Thailand, Bryan Robson. Thailand kalah 2-1 dgn Indonesia, maknanya, diorang tersingkir dari saingan. Karier beliau dalam bolasepak sebagai kapten Man U dan player England (90 caps, 26 gol) bukan jaminan Thailand ke nextstage nampaknya......


Semi final first leg, Malaysia v Vietnam @ Bukit Jalil. Sokongan dari para Ultras di stadium, rumah, kedai mamak dan juga pondok pengawal bangunan yg mempunyai TV menghadiahkan 2-0 buat Malaysia


Saya telah menjaringkan 2 gol. Yeehak!


Disebabkan lepaskan gol mudah, x pasal2 goalkeeper Vietnam yg penah main utk final Sukan SEA 2009 ni diperkosa coachnya sendiri.....


Semi final second leg @ My Dinh


0-0, 2-0 secara aggregat. Malaysia layak ke final selepas 14 tahun


K. Rajagobal, coach kedua selepas Wan Jamak Wan Hassan membawa Harimau Malaya ke final


FINAL 1ST LEG @ STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL


1st goal : Safee Sali


2nd goal : Ashari Samsudin


3rd goal : Safee Sali. Again!


Keputusan penuh, Malaysia 3-0 Indonesia. 85 000 Ultras Malaya dtg ke BJ!


FINAL 2ND LEG @ STADION GELORA BUNG KARNO


Sebelum game, bapak2 di Indonesia berkumpul di hotel tempat player Malaysia menginap utk tunjuk perasaan


Maksud gombal dlm bahasa Indonesia ialah kain yg digunakan untuk mengelap kotoran. Bukan setakat di jalanan, di alam maya pun Malaysia dikutuk habis2 habisan oleh penyokong fanatik Indonesia.


Walaupun Malaysia kalah 2-1, tapi secara aggregat Malaysia menang 4-2. Turut memeriahkan Stadion Bung Karno ialah para pelakon sinetron iaitu Luna Maya dan jugak Manohara Odelia Pinot.


Top goalscorer dgn 5 gol


Hoorayyy!!!!


Di atas kejayaan pasukan bola sepak Malaysia, dgn ini Perdana Menteri yg amat kita sayangi telah memberi cuti pada hari Jumaat walaupun Kedah, Kelantan dan Terengganu sudah sedia maklum mmg diorang cuti hari tu. Dengan cuti itu, maka bolehlah para ibu bapa membuat persiapan akhir utk anak2 ke sekolah dan juga kepada kaki shopping, boleh la diorang mengambil peluang ini utk shopping sakan sementara sale masih ada



AUUUUMMMMM!!!!!!!

24 Disember 2010

SAMUEL TSUI YANG SANGAT KREATIF

Sepertimana yg kita tau, skarang ni mmg senang nak jadi artis segera. Salah 1 caranya ialah kat You Tube. Mcm2 kita tgk diorang menonjolkan kebolehan diorang antaranya menyanyi, main alat muzik, menyanyi + main alat muzik, menari dan jugak miming lagu penyanyi lain x kira la sorang atau berdua. Cuma aku x jumpa lagi orang yg menari zapin, caklempong dgn mak yong dalam You Tube.

Tapi ada satu artis segera kat dlm Youtube yg menarik minat aku. Mula2 aku nak usha video klip seorang artis bernama Sara Bareilles yg baru tapi x de. Yg ada cuma dia nyanyi live. Aku bukak la satu video yg tulis nama dia, bila aku tgk org lain yg nyanyi tapi ianya sgtlah best dan kreatif, itulah dia Samuel Tsui.


Chinese + American = Samuel Tsui


Bukan je suara dia sedap, tapi setiap video klip dia mempunyai kelainan. So, nampak menarik. Dia dibantu member dia, Kurt Schneider yg main alat muzik. Kalau x der kerja, dia akan tolong Sam tepuk2 tgn atau pun buat bunyi2 skit.





Lagi 1 satu, dia pandai buat mashup yakni combined lagu2 artis lain ditambah plak dgn suara dia ,mmg masuk la mcm lagu kat bawah ni.....



Love the Way You Lie/Dynamite/Teenage Dream


Pada aku la kan, Amarikka Amarikka diorang pn, pandai gak diorang ubah muzik tu jadi mantap. Jadi, kepada korang yg suka masukkan video2, masukkanlah video yg elok2 skit. Video2 personal tu simpan elok2 sudah. Err...Ada saper2 yg nak partner dgn aku buat video.....?

21 Disember 2010

M.A.L.A.Y.S.I.A!!!


Berhabuk jugak la blog aku neh....Dekat 3 minggu dah x update apa2, ditambah plak dgn kelembapan Maxis Berukband kat kawasan aku yg mcm siput vavi. So, kepada Anandha Krishnan, jgn nak mark-up sgt, suruh la org2 anda buat kerja.....

Orait, akhirnya tanah tumpahnya darahku, MALAYSIA sampai ke final Piala Suzuki dalam masa 14 tahun. Masa nilah ramai yg memuji-muji pasukan Malaysia (termasuk aku) kononnya Malaysia kembali ke zaman kegemilangan. Tapi, kalau kalah, kalau x de maki-hamun mmg x sah (termasuk aku). Sebenarnya, bila Malaysia dah masuk final ni, mcm2 cerita yg kedengaran tentang diorang neh:

  • Malaysia berjaya ke final tanpa menggunakan khidmat pemain import. X mcm negara yg skarang heboh dgn kes rakyat dia telanjang x tentu hala di khalayak ramai (Singapore), penuh dgn player rojak buah dan pasembor tp kalah jugak. Rajagobal pun x suka nak ambik player import. Tapi rasanya x salah kalau dia ambik player yg ada kene mengena dgn Malaysia mcm Brendan Gan yg main kat Sydney FC dan Tadashi Takeda kat Fagiano Okayama FC. Buat mcm Filipina. Filipina skarang dah x mcm dulu. Yg skarang nyer mmg bagi fight. Congratz 2 them!

  • Ada yg samakan Malaysia ni mcm Spain. Sebab? Masa Piala Dunia, Spain kalah first game tp menang World Cup. Kira nasib Malaysia hampir2 sama la dgn Spain. Malaysia pn kalah first game dgn Indon. Cehhh........

  • Atlet yg cemerlang confirm akan dpt ganjaran. Skarang ni berlumba-lumba KBS cari sponsor untuk bg ganjaran kat player Malaysia. Siap ada aku janji lagi. Dari RM 5000 yg dijanjikan, terus bertambah ke RM 9000. Mantop! Tapi ada yg x setuju dgn ganjaran tu sebab nanti dikatakan main utk duit je. Tapi saper yg x nak duit? Maklumlah skarang ni brg keperluan dah naik.....

  • Ranking, ranking dan ranking.......Menteri Belia dan Sukan begitu bersemangat sekali masa aku tgk beliau dekat Info Sukan TV1. Beliau berkata, 'Kalau kita menang, ranking kita akan naik.' Beliau begitu ghairah dalam bab2 ranking ni tetapi beliau harus ingat, ni Piala AFF je, bukan World Cup. So, jgn lah begitu berharap sgt yg ranking Malaysia naik. Yg confirm, ranking masih tetap 100 ke atas hatta menang sekalipun.

Untuk mengetahui keputusan Malaysia-Indonesia lebih awal, adalah lebih molek kalau FAM cuba guna Paul II, dia pun x tilik lagi mana2 pasukan sejak kematian arwah Paul. Ini membolehkan FAM menjadi persatuan bola sepak pertama kat dunia menggunakan khidmatnya. Tapi Paul II ni layan ke Piala AFF?