21 Jun 2010

NOSTALGIA GOL BERSAMA AHN JUNG-HWAN

Kalau korang igt lagi World Cup 2002, masa tu la Korea Selatan a.k.a Taeguk Warriors paling perform dlm sejarah bola sepak diorang. Bukan team 2 je, tapi player2 dia gak. Paling popular skali ialah Ahn Jung-Hwan.


Encik Ahn


Nama dia mmg melonjak naik coz tolong Korea jaringkan gol2 yg penting.Salah 1 nya bila dia buat gol penyamaan masa lawan USA. Time dia celebrate gol dia tu,dia buat gaya speed-skating (org yg main skate atas salji tu.....) sebagai tanda sokongan kat atlet speed-skating diorang (ntah apa nama dia) yg dibatalkan kemenangan. Pastu yg mng plak atlet USA yg dpt no.2 masa 2. Kire perli la. Lgpun masa tu Korea Selatan dgn USA x brapa ngam coz George W. Bush, presiden Ammarikka yg penah pengsan coz tercekik biskut masa tgk American Football kata Korea Selatan negara pengganas. Tp x diketahui plak biskut apa yg Bush makan tu. Mungkin biskut Marie ataupun biskut cap Ping Pong.






Lagi 1 gol masa dia lawan Itali kat suku akhir.Dia buat golden goal. Kebetulan plak dia main kat kelab Itali masa tu yakni Perugia, x semena-mena dia punya contract dgn kelab tu cancel pasal gol tu kata presiden Perugia dah hancurkan bola sepak Itali. Tapi alih2,dia panggil balik Ahn join kelab 2 balik. Igt dia bodoh nak gi balik? Hahaha.....Jilat ludah sendiri........





Skarang nie dia still main utk Korea. Kat World Cup skarang nie pon dia ada lg. Tp stakat simpanan la......Tapi at least dia ada moment yg dia boleh igt. Boleh cite kat anak cucu. X pon buat buku ke. Mana tau boleh kalahkan buku bibiliografi Pak Beckham.............

18 Jun 2010

SEMOGA BERJAYA XIPHOID!!!

ESOK (19 JUN 2010)

JAM 12.00 TENGAHARI

SEMAKAN SURAT TAWARAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA

SO,

GOOD LUCK XIPHOID!!!

10 Jun 2010

NAMA MANJA PASUKAN-PASUKAN PIALA DUNIA 2010

Antara nama2 manja diorang. Pasnie korang bleh la sebut nickname pasukan kat depan member2 korang bila sembang pasal bola. Mesti diorang kagum dgn ke'terer'an korang.................


South Africa - Bafana Bafana (The Boys)
Mexico - El Tri (The Three-Colored)
Uruguay - La Celeste Olímpica (The Olympic Sky Blue)
France - Les Bleus (The Blues)

Argentina - La Albiceleste (White and Sky Blue)
Nigeria - Super Eagles
Korea Republic -Taeguk Jeonsa (Taeguk Warriors)
Greece - To Piratiko (The Pirate Ship)

England - The Three Lions
United States - The Yanks
Algeria - Les Fennecs (The Desert Foxes)
Slovenia - X De.............

Germany - Die Mannschaft (The Team)
Australia - Socceroos
Serbia - Beli Orlivi (White Eagles)
Ghana - The Black Stars

Netherlands - Oranje (The Orange)
Denmark - Olsen-Banden (The Olsen Gang)
Japan - The Blue Samurai
Cameroon - Les Lions Indomptables (The Indomitable Lions)

Italy - Azzuri (The Blue)
Paraguay - La Albirroja (White and Red)
New Zealand - All Whites
Slovakia - Repre (National Team)

Brazil - Canarinho (Little Canary)
North Korea - Choilima (Thousand-Mile Horse)
Ivory Coast - Les Éléphants (The Elephants)
Portugal - Selecção das Quinas (Selection of the Shields)

Spain - La Furia Roja (The Red Fury)
Switzerland - Schweizer Nati (Switzerland National Team)
Honduras - Los Catrachos (The Hondurans)
Chile - La Roja (The Red One)



08 Jun 2010

WARNA WARNI WORLD CUP 2010


  • Afrika Selatan jadi hos untuk World Cup tahun ni dengan 14 undi lepas diorang mengalahkan dua pencabar lain iaitu Maghribi (10) dan Mesir (0/telur ayam........).
  • Seramai 29 orang pengadil dilantik utk World Cup kali nie. Yang menarik perhatian orang bukan Cikgu Subkhiddin Salleh, tapi referee dari Sweden, Martin Hansson yg dianggap kontroversi pasal bola yg kene tangan Henry time playoff lawan Ireland.

Jangan marah nooo.........

  • Jumlah wang kemenangan yg FIFA peruntukkan ialah 420 juta Dolar, 60 peratus lagi banyak dari World Cup 2006. Sebelum tournament start, FIFA bagi sejuta Dolar kat setiap team untuk diorang prepare apa yang patut. Dah start tournament, FIFA bagi lagi 8 juta Dolar untuk team yg sampai ke group stage. Lepas 2, duit yg selebihnya FIFA divide camni:
Round of 16 : 9 juta Dolar

Suku Akhir : 18 juta Dolar

Separuh Akhir : 20 juta Dolar

Naib Johan : 24 juta

Johan : 30 juta Dolar

  • Maskot untuk World Cup ni ialah Zakumi, seekor harimau bintang yg ada rambut warna hijau yg dipersembahkan pada 22 September 2008.
Antara aksi ghairah Zakumi masa pelancaran

  • Lagu rasmi World Cup kali ni ialah Waka Waka (This Time for Africa) yg dinyanyikan oleh Shakira dengan band Freshly ground dari Afrika Selatan sendiri. Lagu nie asalnya dari lagu tradisional tentera dari Cameroon, Zangalewa. Aku ingatkan lagu 'Wavin' Flag' yg jadi lagu tema, rupanya lagu tu untuk promosi jer. Apapun, lagu Shakira mmg layan. Korang bleh tgk aksi panas beliau time opening ngan penutup nanti.

Pulun betul beliau.......World Cup 2006 dah perform, kali nie perform lagi.....

  • Adidas sekali lagi diberi kepercayaan utk buat bola rasmi World Cup kali ni, Jabulani yg bermaksud 'membawa keceriaan kepada semua' dalam bahasa Zulu. Untuk final nanti, diorang guna bola edisi emas yang bernama Jo'bulani. Tapi ramai gak yg komplen pasal Jabulani ni especially golkeeper coz diorang cakap bola ni senang melayang pastu laju. Kita tengok la camner keadaannya nanti................


Bola maut