28 Ogos 2010

DAH SETAHUN RUPANYA BLOG AKU..........


25 Ogos hari tu, genaplah setahun blog aku neh. Dari mula2 aku x reti nak buat blog, dah reti skit2. Dari x tau nak hias blog, pun dah reti skit2. Kiranya masih byk lagi aku kena blajar ttg blog-memblog nie........Tapi ada beberapa perkara yg aku nak buat tapi x brapa nak reti yakni :

1) Camner nak meramaikan follower selain dari blogwalking? (Penat la nak tulis kat chatbox, 'i'm follow u, please follow me back, cheers'). Tapi x jugak dia follow.........

2) Nak guna application cam Nuff Nang. Aku nyer level pon kat tahap glitterati (ntah betul ntah tidak aku eja). Pandai guna Nuff Nang, byk la dpt duit. X yah la pinjam PTPTipu lagi........

3) Tu je la kot........

So, kepada sifu2 dan master2 blogger sudi2 kan la menolong hamba yg miskin ilmu ttg blog nie.........

21 Ogos 2010

WANTS A CUP? BEAT BARCA FIRST!

Orait.........Season 10/11 dah pun masuk. Cam biasa, mcm2 spekulasi ttg player2 yg bakal berpindah, terpindah dan dipindahkan...........Dalam liga, ada yg menang, ada gak yg tersingkir masuk division bawah........Ada yg menang piala, ada yg pulang hampa......

Mcm Barcelona, season 08/09 merupakan season yg paling mantop bagi diorang. Maka dgn sebab itulah, diorang merupakan satu2 nyer kelab di muka bumi ini yg menang sumer piala dalam masa setahun. Mmg terbaik wa cakap lu. Mana ada kelab yg boleh buat camtu?

Season 09/10, diorang gagal mempertahankan piala yg diorang menang dulu yakni UEFA Champions League dgn Spanish Cup. Diorang gak penah kalah skali dalam Liga Sepanyol dan skali kat UEFA Champions League masa group stage. Maknanya Barca kalah 4 kali dgn 4 team yg berbeza. Siapakah lahanat2 tersebut........?

RUBIN KAZAN - UEFA Champions League (Group Stage)
ATLETICO MADRID - Spanish La Liga
INTER MILAN - UEFA Champions League (Semi Final)
SEVILLA - Spanish Cup (Semi Final)

Tapi, apa yg best ttg 4 lahanat yg pernah kalahkan Barca ni ialah : Diorang menang piala dalam season yg sama gak. Piala apa yg diorang menang plak.......?


RUBIN KAZAN

Diorang menang Russian Premier League season 2009. Season diorang lain skit coz diorang start bulan Januari.


ATLETICO MADRID

2010 UEFA Cup. Kalahkan team underdog yg perform time tu, Fulham


INTER MILAN

2010 UEFA Champions League. Menang buat kali ketiga. Last diorang menang tahun 1965. Kalau kat Malaysia, tahun tulah Singapura berpisah dari Malaysia (Adoih, ada subjek sejarah plak!) Bukan tu je, diorang pun menang Serie A dgn Italian Cup. Kira treble la. Silap hari bulan, bleh buat sextuple cam Barca gak..........


SEVILLA

2010 Spanish Cup. Kalahkan Atletico.


Yeah......Diorang sumer menang piala. Menang piala bila kalahkan Barca. Kira semacam tuah dapat kat diorang bila kalahkan Barca. So, kepada kelab2 lain................

NAK PIALA TAK???
KALAHKAN FC BARCELONA DULU!!!

13 Ogos 2010

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK


Boleh dikatakan agak lama la aku x update blog ni disebabkan terlalu sibuk dengan pertandingan2 pantun yg aku sertai di dalam mahupun di luar negara. Apapun, x terlambat lagi rasanya aku nak mengucapkan Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan yg penuh dengan keberkatan ini kepada semua tak kira la kepada abang2, adik2, kakak2, pak cik2,mak cik2, pak long, pak ngah, mak long, mak ngah, pak teh, mak teh, mak nyah, pak nyah dan sebagainya.........Semoga puasa kita diterima oleh Allah hendaknya. Amin...............

Kumpulan Raihan pergi ke India,
Pergi bersama Ustazah Norbaayah,
Bulan Ramadhan bulan mulia,
Tingkatkan amal hindari amarah