05 Disember 2009

COUNTDOWN WORLD CUP DAH START!


Teka-teki dah terjawab......Tidak seperti teka-teki yg selalu diberi oleh rakan2 kita, teka-teki yg diberikan FIFA lebih menarik perhatian coz 32 team yg berentap time World Cup nanti dah diketahui kumpulannya lepas pengundian 2 dijalankan pagi tadi waktu Malaysia.....

Tapi apa yg menarik, sebelum World Cup draw 2 start, awek cun @ pelakon dari Afrika Selatan yg bernama Charlize Theron dgn gaya menggodanya telah mengambil bola yg berisi nama team Ireland dari balang, bukannya France masa rehersal.

Kata Jerome Valcke yakni Setiausaha FIFA, 'Kitorang melawak je,'. Senangnya cakap..........Mungkin silap haribulan Charlize Theron ngan Jerome x dapat menjejakkan kaki kat Ireland untuk menikmati sajian Irish Stew disebabkan lawak bodoh diorang tu.......


Charlize Theron berkomplot dengan FIFA untuk menjadi seorang pelawak


Selesai undian untuk World Cup nie, jom usha skit group2 yg ada dan jugak ramalan aku........


GROUP A : AFRIKA SELATAN, MEXICO, URUGUAY, PERANCIS

Maybe Perancis bleh rasa lega bila dapat dlm group nie. Senang skit keje diorang nak masuk Round of 16 nanti. Tapi lepas tu, Perancis kene struggle la coz Perancis sekarang x mantap mcm Perancis yg dulu. Mexico dgn Uruguay lak kene la bersaing coz dua2 mantap tp aku rasa advantage kat Mexico walaupun Uruguay bekas juara Piala Dunia 2 kali. Afrika Selatan.......diorang nie agak perform la time Confederation Cup tapi aku rasa diorang bleh ucapkan selamat tinggal lebih awal.

RAMALAN AKU : Perancis dgn Mexico aku rasa akan layak ke Round of 16. Tapi Uruguay bleh buat kejutan.


GROUP B : ARGENTINA, NIGERIA, KOREA SELATAN, GREECE

Macam France, Argentina pun x de masalah nak jadi juara group ni. Saingan hanya tertumpu kat Nigeria, Korea Selatan dgn Greece je. Tiga2 team ni penah jadi juara benua masing2, team mana yg terer, dia yg layak.

RAMALAN AKU : Dah sah2 Argentina layak....Tapi yg tiga team nie agak susah skit aku nak pilih.....Tapi aku rasa Nigeria akan mengiringi Argentina coz diorang nyer pengalaman main kat World Cup dgn jugak player2 diorang yg bertaraf bintang.


GROUP C : ENGLAND, USA, ALGERIA, SLOVENIA

Group nie aku rasa Algeria je yg akan bg saingan kat England ngan USA. England yg tgh on form mmg x de hal nak mng sume game dlm group nie....Slovenia aku rasa bleh balik awal la coz aku rasa mmg susah diorang nak lepas group ni.....

RAMALAN AKU : England dgn USA akan layak tp USA kene hati2 ngan Algeria. Silap haribulan, USA plak yg tersingkir awal...


GROUP D :JERMAN, AUSTRALIA, SERBIA, GHANA

Semua team ni layak ke Piala Dunia 2006 tapi Serbia (masa 2 Serbia and Montenegro) je yg x lps group stage. Aku rasa benda yg sama gak akan berulang kat diorang. Australia ngan Ghana mmg kene fight dalam group nie. Jerman x de problem kot nak mng.

RAMALAN AKU : Jerman dgn Ghana akan layak. Australia bkn x layak tp aku rasa team diorang x brapa nak kuat utk lawan Jerman ngan Ghana.


GROUP E: BELANDA, JEPUN, DENMARK, CAMEROON

Belanda yg menang sume game time kelayakan x de masalah nak gi next round. Jepun, Denmark ngan Cameroon akan bertarung saper yg lg layak. Tapi aku rasa Jepun akan terkeluar awal. Denmark ngan Cameroon pun perform gak time kelayakan.

RAMALAN AKU : Belanda dgn.......Antara Denmark dgn Cameroon , aku lebih cenderung kepada Cameroon. Mungkin Eto'o and the gang boleh buat sesuatu dalam group ni. Denmark agak susah nak lepas group nie.


GROUP F : ITALI, PARAGUAY, NEW ZEALAND, SLOVAKIA

Itali, juara edisi lepas, walaupun dibarisi kuda2 tua, tapi akan lepas gak group stage. Kalo x lepas malu la coz group nie x de la kuat mana pun. Paraguay pun akan gi next round di belakang Itali. New Zealand dgn Slovakia yg kali kedua layak ke World Cup nie kene blajar la dgn 'senior' diorang yg dah slalu gi World Cup.......

RAMALAN AKU : Senang......Itali dgn Paraguay.


GROUP G : BRAZIL, KOREA UTARA, IVORY COAST, PORTUGAL

Hah......Ni la dia, 'Group of Death' dalam World Cup nie.......Ramai yg cakap Brazil akan mempunyai laluan yg berliku tp aku confident yg skuad Samba nie akan layak ke Round of 16. Ivory Coast pun x bleh dipandang rendah coz diorang nyer performance pun dah mantap skarang nie. Kira Portugal kene berhati-hati gak la. Korea Utara..........akan jadi budak belasahan kat dalam group nie. Tapi aku rasa diorang pun x bleh dipandang enteng sama skali.........Time World Cup 1966 kat England, diorang layak ke suku akhir tp kalah ngan Portugal 3-5 walaupun dah leading 3-0......Mungkin semangat atuk2 diorang yg main time 2 meresap dalam jiwa diorang nanti.....So, kita bleh tgk ulangan suku akhir dalam group nie.

RAMALAN AKU : Brazil confirm, Ivory Coast dgn Portugal yg payah skit nie.......Portugal aku rasa ada skit advantage.....Ivory Coast......Haaah!!!


GROUP H : SEPANYOL, SWITZERLAND, HONDURAS, CHILE

Group ni pun agak mudah bagi Sepanyol yakni juara Euro 2008. Menang sume game time kelayakan, team nie mmg calon utama untuk jadi juara kumpulan. Antara Switzerland, Honduras dgn Chile, tiga2 x byk beza tp Chile mungkin ada skit luck untuk pergi next round. Switzerland ngan Hounduras mungkin bleh buat kejutan dalam group nie.

RAMALAN AKU : Sepanyol dgn Chile akan layak. Switzerland ngan Honduras kene usaha lebih skit kalo nak layak.



Ni cume ramalan aku je.....Tapi dalam bola sepak, apapun bleh jadi. So, kita tunggu dan lihat je la apa yg jadi pada 11 Jun hingga 11 Julai 2010 nanti......South Africa, we're ready!!!

2 Pujian Menggunung:

dieyla_23 berkata...

owhhh , tertnggu2 aku world cup 2010 . . but juz smpat xsmpat jela nk tgk match2 nt xspecially germany . fuhhh ~ but ramalan ko tu , hurmm . . ok laa . . ahaha ~

Saudara Yeop berkata...

mungkin ramalan aku 2 99% betul...
just wait and see....