24 Disember 2009

MESSI.....TERBAIK DI MUKA BUMI


Apa lagi nak dikatakan dekat saudara Messi nie...? Lepas menang player terbaik Eropah, menang lak kejuaraan dunia ngan Barca, pastu dapat anugerah player terbaik dunia......Mmg rezeki dia tahun nie. Menang pun dgn majoriti besar. Dia dapat 1073 undi, Ronaldo dapat 352 undi je. Bapak jauh beza.......Tapi Messi mmg deserved la dpt anugerah nie coz byk tolong Barca, tapi time kat Argentina x perform lak. Bila ditanya apsal jadi camtu, dia jawab, 'Ntah, aku pun x tau. Aku main ngan Argentina sama je macam aku main ngan Barca.' X kisah la ngan Argentina dia x perform, janji ngan Barca dia perform. Pastu curi lagi piala kat almari Ronaldo.......

Moh usha skit juara2 lepas kat bawah nie.....Sume yg menang anugerah nie penah pergi Piala Dunia kecuali George Weah. Ada lak mamat Afrika terselit kat situ....Hmmph.....


21 Disember 2009

FOR THE FIRST TIME EVER..........JUARA DUNIA MILIK LOS CULES


Akhirnya...........Buat pertama kali dalam sejarah, Barcelona menang gak Piala Kelab2 Dunia FIFA sejak penubuhan kelab diorang pada tahun 1899. Lama dowh diorang nak tunggu.....Sebelum nie diorang ada gak sampai kat final dalam tournament nie tapi dua2 kalah masa tahun 1992 ngan 2006. Dengan kemenangan nie, maka tercapai la 'fairy tale' diorang untuk menang kesemua 6 piala dalam 1 season dan x keterlaluan gak aku katakan yg Barca la kelab pertama kat dunia menang sumer piala dalam 1 season. Guardiola sampai menitiskan air mata sebab x percaya yg Barca bleh menang piala nie dan bawak Barca sampai ke tahap nie. Kira piala nie boleh dikatakan menebus balik kekecewaan Guardiola la coz dia x dapat piala nie masa jadi player Barca dan jugak masa jadi coach Barca.

Pada aku, tarikh 19 Disember 2009 tu mmg hari yg bersejarah untuk dia. Dia dah buat sejarah yg x penah dilakukan oleh mana2 manager Barca sebelum nie. Pada aku gak, dia berhak untuk menangis coz dia dah letakkan satu team yg aku rasa akan jadi legend untuk player2 lain lepas nie. Bila ditanya kat saper kemenangan nie ditujukan, dia jawab, "I dedicate it to the players, especially because of their confidence. But also to a man who showed such faith in me and did so much to get me my position as manager. That’s Evarist Murtra, who always gave me such good advice. I’d like to dedicate to him because I know he’d be pleased to hear that, and he deserves it."

Walaupun dah jadi juara dunia pastu menang byk piala, Guardiola still merendah diri dengan mengatakan, "I didn't think I'd strong enough and I have more work to do." Aku rasa disebabkan attitude dia yg camtu la yg bawak Barca sampai ke tahap nie. Kalo korang perasan, dia dgn player dah macam 1 family. Celebrate gol sama2, training boleh gelak2 lagi.....Pendek kata relationship dia dgn player mmg erat. Compare ngan Real aku tgk time van der Vaart score pun dia celebrate sorang2 je. X de member2 nak dtg kat dia....Mungkin disebabkan dia bukan first eleven yg jadi camtu......Jauh beza ngan Barca. First eleven ke bukan, bila gol je, celebrate sama2.....Itu beza Barca ngan team2 lain........

Aku sebagai die-hard-fan Barca dah x tau dah apa nak cakap melainkan seronok gila babeng bila Barca menang sumer cup. So aku harap Barca boleh maintain performance diorang untuk buat lebih baik coz nak mempertahankan apa yg diorang dapat lg susah drpd nak menang. Yg aku sure, player2 Barca mesti jadi legend yg mungkin akan dapat ditatap sejarah diorang kat galeri Barca nanti.....Jom usha skit saat2 diorang jadi juara dunia.......


































18 Disember 2009

MENUAI EMAS SELAMA 20 TAHUN


Setelah sekian lama menanti, akhirnya pingat emas berjaya gak dituai oleh anak2 muda Malaysia di bendang yg bernama Laos yg mana bendang2 sebelum ini x membuahkan hasil. Oleh itu, diorang telah menamatkan kemarau 20 tahun x menang yg last skali diorang menang tahun 1989, 8 tahun kemarau x gi final dan 28 tahun x menang emas di luar Malaysia.......Bila dah menang, macam biasa la, satu Malaya havoc x kira la Melayu, Cina , India, Penan, Batak, Kadazan, Dusun, Senoi dan lain2. Surat khabar pon kebanyakannya cite bola sepak kat muka depan. TV pun aku tgk TV3 td suma citer pasal bola dan Sea Games. X der langsung cite pasal sukan luar. Barca pergi final Piala Kelab2 Dunia pun x tunjuk gak..........Nasib baik Info Sukan x de kat TV1 sbb smayang jumaat, kalo x, citer pasal boooolllllllllaaaaaaaa je.............Esok, dah sah2 cite bola je kat Info Sukan tu......

Bagi Vietnam, mmg kesian la kat diorang, 4 kali gi final, x penah2 mng lg.....Mmg diorang x de luck. Tapi aku rasa diorang x kan jadi camtu kalo goalkeeper diorang yg muka ala2 penyanyi band indie tu dikeluarkan. 3 kali game stop sbb keeper tu sakit tapi x reti2 gak nak kuar. Goalkeeper simpanan dah beria-ria nak masuk tp x masuk2 gak. Confirm dia menyumpah-nyumpah member seposisi dia tu. Tapi pujian harus gak diberi kat diorang coz player Vietnam ngan penyokong2 diorang sporting walaupun kalah. Malaysia patut ucap terima kasih gak kat diorang pasal Vietnam bermurah hati nak bagi gol sendiri yg membolehkan Malaysia menang 1-0. Time Malaysia kalah 3-1 masa group stage pun player Vietnam buat gol sendiri.



Lepas nie, player2 Malaysia mesti dapat habuan la........Rajagobal lak pada pendapat aku mesti dapat gelaran datuk. Bukan datuk yg dah dapat cucu tapi anugerah yg diberi oleh Sultan. Benda nie dapat la menutup sikit mulut2 pengkritik yg sememangnya berbau tengik.....untuk seketika......Apapun, diorang akan dijulang sebagai wira oleh semua rakyat Malaysia. Bagi kapten Malaysia, Aidil Zafuan, dia bukan je menjulang nama negara dan pingat emas, tapi jugak menjulang Rita Rudiani........

Tapi Malaysia x bleh la nak gembira sgt coz perjalanan jauh lg. Nie baru Sea Games je. Piala AFF x menang2 lg nie.....Sukan Asia, Sukan Olimpik, Piala Asia......Piala Dunia usah cite la....So, lepas nie team bola sepak Malaysia kene la konsisten diorang nyer performance kalo nak kejayaan2 lain pasnie.......

MALAYSIA BOLEH!!!

10 Disember 2009

GIVE THANKS TO ALLAH.....


ALHAMDULILLAH..............Itu je la yg aku bleh cakap lps aku usha result final exam aku.....Walaupun x der la bagus sgt pointer aku tp at least lepas la sumer subjek especially subjek law. Sampai 3 kali aku check result 2 balik nak sure yg aku nie lulus subjek 2...........Aku sendiri sampai dah dedor (maksudnya: nak demam) menunggu result nie. Bukak student portal, x bley lak coz server busy. Pukul 2.30 pagi waktu Malaysia (pukul 3.30 pagi waktu Thailand dan pukul 4.30 pagi waktu Indonesia) baru la aku bleh bukak.....

Mmg aku skit kecewa la ngan result aku sem nie walaupun sumer lulus. Ini adalah disebabkan kebongokan dan jugak kebangangan aku yg asyik main je.......Tp aku still bersyukur yg CGPA aku still 3 pointer and above lg.....

Anyway, aku nak mengucapkan trimas kat lecturer2 yg mengajar aku... dari aku nie jenis yg x tau apa2 terus ada ilmu skit.....(itu pun byk yg dah lupa)......X lupa gak kat member2 yg dpt dean list sem nie.....Congratz aku ucapkan. X lupa gak kat bakal ANC iaitu Nurul Afiqah a.k.a Si Fiqa, Ahmad Fahim a.k.a Fahim, Nur Hidayah Asilah a.k.a Manja dan Siti Natasha a.k.a Tasha coz dapat maintain diorang nyer pointer sampai ke tahap nie......Congratz aku ucapkan skali lagi.....

Part 5 dah habis.......Sem depan part 6 a.k.a praktikal......So Xiphodian, jumpa 26hb Disember nanti........

09 Disember 2009

RAGING PHOENIX : MUAY THAI + BREAKDANCE = PERFECT!


Citer nie sebenarnya dah keluar lebih kurang sebulan lepas tapi aku saja nak preview kot2 ada yg tak tau lg pasal citer nie. Aku sebenarnya mmg minat giler ngan citer2 Thai nie especially jenis action yg dikeluarkan oleh Sahamongkol Film International. Daripada dia keluarkan citer Ong Bak sampai la skarang, citer action dia mmg mantap! Diorang pandai menggunakan Muay Thai, iaitu martial art diorang untuk buat filem dgn cara yg kreatif. Filem Malaysia bila lg nak buat camtu? X kan asyik citer cinta, cinta seram, cite lawak je (kecuali filem Afdlin Shauki, cite dia je yg best pun)......Mmg boring betul aku tgk industri perfileman kat Malaysia nie.........Cite sume merepek-repek. Yg latest lak ada citer Jalang ngan Pulau Asmara.........*Apakejadahnya cite cam2? (*mengambil sekejap kawan penulis nyer header dalam blognya).

Cukup la cite pasal filem2 kat Malaysia yg tercinta nie.......Berbalik pada cite Thai nie, Raging Phoenix nie kira filem yg kedua la buat si cantik yg ganas iaitu Jeeja Yanin lepas debut filem dia iaitu Chocolate. Tapi kat Malaysia cite nie dipanggil 'Fury'........Perkataan 'Chocolate' 2 ada bunyi blue ke? (Saper yg otak blue boleh jelaskan kot).........Cite nie mmg best coz ada unsur2 breakdance, sambil lawan, sambil menari. Tapi si Jeeja x de la menari, agaknya kalo dia menari cite ni dah jadi cite lawak......Yg buatnya 2 orang lelaki dalam cite tu....kalo korang tgk poster kat atas, ada dua orang yg kat sebelah kanan tu, itu la diorang.....Yg pakai cermin mata 2 adalah skit....Tapi kesemua pelakon dalam cite nie mmg best! Siap panggil pelakon undangan yg mmg ada martial nyer teknik. Cite nie pasal (baru nak cerita...) pompuan2 yg ditangkap untuk diambik organ2 dalam badan diorang untuk dijual. So, nak selamatkan pompuan2 tu, diorang berlima kena la lawan ngan kumpulan Jaguar dan kuncu2 nya.....

So, aku x nak cite panjang, sebelum korang tgk cite nie, tgk la trailer yg aku sediakan kat bawah nie ha....Selamat menonton.....




05 Disember 2009

COUNTDOWN WORLD CUP DAH START!


Teka-teki dah terjawab......Tidak seperti teka-teki yg selalu diberi oleh rakan2 kita, teka-teki yg diberikan FIFA lebih menarik perhatian coz 32 team yg berentap time World Cup nanti dah diketahui kumpulannya lepas pengundian 2 dijalankan pagi tadi waktu Malaysia.....

Tapi apa yg menarik, sebelum World Cup draw 2 start, awek cun @ pelakon dari Afrika Selatan yg bernama Charlize Theron dgn gaya menggodanya telah mengambil bola yg berisi nama team Ireland dari balang, bukannya France masa rehersal.

Kata Jerome Valcke yakni Setiausaha FIFA, 'Kitorang melawak je,'. Senangnya cakap..........Mungkin silap haribulan Charlize Theron ngan Jerome x dapat menjejakkan kaki kat Ireland untuk menikmati sajian Irish Stew disebabkan lawak bodoh diorang tu.......


Charlize Theron berkomplot dengan FIFA untuk menjadi seorang pelawak


Selesai undian untuk World Cup nie, jom usha skit group2 yg ada dan jugak ramalan aku........


GROUP A : AFRIKA SELATAN, MEXICO, URUGUAY, PERANCIS

Maybe Perancis bleh rasa lega bila dapat dlm group nie. Senang skit keje diorang nak masuk Round of 16 nanti. Tapi lepas tu, Perancis kene struggle la coz Perancis sekarang x mantap mcm Perancis yg dulu. Mexico dgn Uruguay lak kene la bersaing coz dua2 mantap tp aku rasa advantage kat Mexico walaupun Uruguay bekas juara Piala Dunia 2 kali. Afrika Selatan.......diorang nie agak perform la time Confederation Cup tapi aku rasa diorang bleh ucapkan selamat tinggal lebih awal.

RAMALAN AKU : Perancis dgn Mexico aku rasa akan layak ke Round of 16. Tapi Uruguay bleh buat kejutan.


GROUP B : ARGENTINA, NIGERIA, KOREA SELATAN, GREECE

Macam France, Argentina pun x de masalah nak jadi juara group ni. Saingan hanya tertumpu kat Nigeria, Korea Selatan dgn Greece je. Tiga2 team ni penah jadi juara benua masing2, team mana yg terer, dia yg layak.

RAMALAN AKU : Dah sah2 Argentina layak....Tapi yg tiga team nie agak susah skit aku nak pilih.....Tapi aku rasa Nigeria akan mengiringi Argentina coz diorang nyer pengalaman main kat World Cup dgn jugak player2 diorang yg bertaraf bintang.


GROUP C : ENGLAND, USA, ALGERIA, SLOVENIA

Group nie aku rasa Algeria je yg akan bg saingan kat England ngan USA. England yg tgh on form mmg x de hal nak mng sume game dlm group nie....Slovenia aku rasa bleh balik awal la coz aku rasa mmg susah diorang nak lepas group ni.....

RAMALAN AKU : England dgn USA akan layak tp USA kene hati2 ngan Algeria. Silap haribulan, USA plak yg tersingkir awal...


GROUP D :JERMAN, AUSTRALIA, SERBIA, GHANA

Semua team ni layak ke Piala Dunia 2006 tapi Serbia (masa 2 Serbia and Montenegro) je yg x lps group stage. Aku rasa benda yg sama gak akan berulang kat diorang. Australia ngan Ghana mmg kene fight dalam group nie. Jerman x de problem kot nak mng.

RAMALAN AKU : Jerman dgn Ghana akan layak. Australia bkn x layak tp aku rasa team diorang x brapa nak kuat utk lawan Jerman ngan Ghana.


GROUP E: BELANDA, JEPUN, DENMARK, CAMEROON

Belanda yg menang sume game time kelayakan x de masalah nak gi next round. Jepun, Denmark ngan Cameroon akan bertarung saper yg lg layak. Tapi aku rasa Jepun akan terkeluar awal. Denmark ngan Cameroon pun perform gak time kelayakan.

RAMALAN AKU : Belanda dgn.......Antara Denmark dgn Cameroon , aku lebih cenderung kepada Cameroon. Mungkin Eto'o and the gang boleh buat sesuatu dalam group ni. Denmark agak susah nak lepas group nie.


GROUP F : ITALI, PARAGUAY, NEW ZEALAND, SLOVAKIA

Itali, juara edisi lepas, walaupun dibarisi kuda2 tua, tapi akan lepas gak group stage. Kalo x lepas malu la coz group nie x de la kuat mana pun. Paraguay pun akan gi next round di belakang Itali. New Zealand dgn Slovakia yg kali kedua layak ke World Cup nie kene blajar la dgn 'senior' diorang yg dah slalu gi World Cup.......

RAMALAN AKU : Senang......Itali dgn Paraguay.


GROUP G : BRAZIL, KOREA UTARA, IVORY COAST, PORTUGAL

Hah......Ni la dia, 'Group of Death' dalam World Cup nie.......Ramai yg cakap Brazil akan mempunyai laluan yg berliku tp aku confident yg skuad Samba nie akan layak ke Round of 16. Ivory Coast pun x bleh dipandang rendah coz diorang nyer performance pun dah mantap skarang nie. Kira Portugal kene berhati-hati gak la. Korea Utara..........akan jadi budak belasahan kat dalam group nie. Tapi aku rasa diorang pun x bleh dipandang enteng sama skali.........Time World Cup 1966 kat England, diorang layak ke suku akhir tp kalah ngan Portugal 3-5 walaupun dah leading 3-0......Mungkin semangat atuk2 diorang yg main time 2 meresap dalam jiwa diorang nanti.....So, kita bleh tgk ulangan suku akhir dalam group nie.

RAMALAN AKU : Brazil confirm, Ivory Coast dgn Portugal yg payah skit nie.......Portugal aku rasa ada skit advantage.....Ivory Coast......Haaah!!!


GROUP H : SEPANYOL, SWITZERLAND, HONDURAS, CHILE

Group ni pun agak mudah bagi Sepanyol yakni juara Euro 2008. Menang sume game time kelayakan, team nie mmg calon utama untuk jadi juara kumpulan. Antara Switzerland, Honduras dgn Chile, tiga2 x byk beza tp Chile mungkin ada skit luck untuk pergi next round. Switzerland ngan Hounduras mungkin bleh buat kejutan dalam group nie.

RAMALAN AKU : Sepanyol dgn Chile akan layak. Switzerland ngan Honduras kene usaha lebih skit kalo nak layak.



Ni cume ramalan aku je.....Tapi dalam bola sepak, apapun bleh jadi. So, kita tunggu dan lihat je la apa yg jadi pada 11 Jun hingga 11 Julai 2010 nanti......South Africa, we're ready!!!

04 Disember 2009

PREVIEW: PARAMORE - BRICK BY BORING BRICK

Single kedua Paramore dari album 'Brand New Eyes'


02 Disember 2009

MESSI RAMPAS BALLON d'OR DARI ALMARI RONALDO


Tahun lepas dapat no dua je, tapi berkat kesabaran mamat nie dia dapat gak anugerah Ballon d'Or iaitu untuk pemain terbaik Eropah. Messi dapat 473 undi dari 480 mata maksimum (hampir perfect tue), meninggalkan Ronaldo yg hanya dapat 233 undi je (hahaha....). Xavi ngan Iniesta pun x kurang 'mantop' nyer coz diorang pun dapat tempat ke-3 ngan ke-4 dgn 170 dan 149 mata.

Messi nie kira player Argentina pertama la yg menang benda alah nie......Lagipun ramai dah cakap yg dia nie mmg conform dpt anugerah nie.....Kalo diikutkan performance dia pun, mmg patut dia dpt anugerah nie coz banyak tolong Barca mng byk piala season lepas. Tp yg aku respect si Messi nie, dia still merendah diri bila dpt anugerah nie. Kalo Ronaldo, mesti dia kluarkan kata2 angkuh dia...Huh.....

Malas nak cite byk, korang usha la pemenang2 lepas anugerah nie.......Adios....