31 Mei 2010

KONVOI BANTUAN KEMANUSIAAN DISERANG BANGSA YANG DILAKNAT TUHAN


Macam yang korang sumer tau, (saper yg x tau tolong alert please!) Kapal yg bawak konvoi kemanusiaan dari Turki, Mavi Marmara dari Turki yg jugak bawak aktivis2 pro-Palestin dari pelbagai negara diserang komando Israel laknatullah menyebabkan 19 orang mati dan beberapa orang cedera. Walaupun kapal dah bagi bendera putih, tapi Yahudi laknatullah yg x de hati perut nih still menyerang kapal dan org2 kat kapal 2 yg rata2 x bersenjata dan jugak tgh tidur masa tu.

2 Rakyat Malaysia yg juga krew Astro Awani yg ada kat kapal 2 masih x diketahui nasib diorang. Bila aku tgk komando2 Israel laknatullah kat tv serang kapal tu, aku sure ramai yg menyirap darah,.........Bukan aku je, tapi seluruh dunia mengutuk sekeras-kerasnya apa yg dibuat oleh bangsa yg x sedar diorang sebenarnya bangsa x de negara yg menumpang di negara orang.



Mana negara2 Arab cam Bahrain, Qatar, UAE, Arab Saudi dan lain2 yg kaya dgn hasil minyak? Adakah diorang takut? X kan diorang x nak tolong saudara diorang sendiri? X kan nak biarkan saudara diorang berjuang sendirian???

So, sama2 lah kita berdoa supaya org2 yg terlibat dalam konvoi 2 selamat termasuk yg sedang bertarung nyawa selepas cedera diserang dan juga konvoi2 yg akan datang kemudian. Doa kan jugak kepada aktivis2 yg syahid supaya dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t.....

AMIN...............

26 Mei 2010

K'NAAN FEAT. DAVID BISBAL - WAVIN' FLAG

Nie dia lagu tema untuk World Cup 2010..........Actually lagu nie ada satu lagi version yg K'naan, penyanyi Kanada berketurunan Somalia nyanyi sorang2. Tapi lagu yg dia nyanyi ngan David Bisbal, penyanyi dari Almeria, Spain nie yg jadi lagu tema rasmi. So, dalam video nie diorang guna English dgn Spanish. So, nampak variety n best la. Bukan 2 je, video ni pon penuh warna-warni sempena World Cup nanti. X caya? tengok sendiri........

p/s :-

-Kalau la degree ada bahasa Sepanyol, mmg best aku nyanyi lagu nie.....
-Awek yg pakai baju belang-belang hitam n putih ngan skirt hitam mmg cun, pandai menari lak 2...


22 Mei 2010

CUTI-CUTI MAIN GAME

Memandangkan sebahagian besar cuti aku adalah menjadi Mr. Mama, jadi dengan itu aku mengambil inisiatif menyuburkan kembali hobi yg jarang-jarang aku buat sekarang yakni bermain game. Time sekolah rendah aku suka main Pokemon, masuk sekolah menengah up skit main game yg boleh main kat PC cam WWE, Championship manager, FIFA dan mcm2 lg. Tapi bila dah menjadi graduan yg berdisiplin dan berwawasan (x sampai 10 kali ponteng kelas dalam 5 semester, sekali je kene saman, tapi selalu kene denda kolej) agak jarang la aku bermain game nih.....


Pokemon dari Game Boy yg bleh main kat PC. Mcm2 version time 2......Red, Yellow, Blue, Silver.....Skarang ni lagi la.........


Championship Manager 03/04 - Game berformat ala2 jadi manager yg mula2 skali aku main.....Time 2 Eidos Interactive ngan Sigames ada lagi. Tapi lepas diorang 'bercerai', Sigames buat game format sama yg lg mantop iaitu Football Manager.


Game FIFA yg mula2 aku main.....Tapi time 2 gambar dia kotak2 lagi la.......


Semasa cuti inilah aku mengaktifkan diri aku untuk bermain-main dengan game dan hasilnya aku berjaya habiskan 3 game yang mana ia memerlukan masa yg agak lama untuk dihabiskan.....Antara game2 yg aku dah khatam ialah :

GRAND THEFT AUTO : VICE CITY


Hohoho....... Saper x kenal dgn game ni yg popular satu dunia disamping kontroversi2 yg melanda beliau.......Actually game ni dah lama aku main, time skolah menengah dulu, tapi disebabkan ada satu mission susah bernama "Dildo Dodo" yg mana aku kena kontrol kapal terbang untuk jatuhkan flyers, aku stop main coz dah try tapi x pas2 gak. Time cuti ni terdetik kat hati aku nak main balik (tapi kene start dari awal la). Bila sampai je kat mission 2, aku still x bley gak. Aku ada usha kat internet, ramai yg main selalu sangkut kat mission ni .Tapi nasib baik ada adik aku yg reti main. So, lepas la mission 2 dan gak mission2 yg lain sampai habis..... Game ni dikatakan kontroversi coz kita boleh bunuh orang dgn mcm2 cara contohnya guna gergaji, pedang samurai, sniper yg boleh buat kepala orang tu putus dan mcm2 lagi. Oleh yg demikian, bebudak mmg x digalakkan main game ni coz dikatakan ganas........Tp OK per main game nie daripada main game Playboy atau Sim City yg ada version yg mengarut-ngarut 2...

MASA UNTUK AKU HABISKAN GAME NI : SEBULAN SEMINGGU CAMTU...



GRAND THEFT AUTO III


Game kedua yg aku habiskan. Actually game nie dikeluarkan sebelum Vice City n game nie la yg aku main sebelum Vice City time skolah dulu. Tapi dia punya storyboard agak kucar-kacir, x sepanjang Vice City dan grafik dia agak 'mendung' atau senang citer gambar dia gelap skit kalau nak compare dengan Vice City. Tapi satu percubaan yg baik untuk pembuat game nie, Rockstar Games yg try nak buat game nie jadi 3D. Memandangkan ni game GTA yg first aku main masa skolah, so mmg aku x tau la camner storyboard dia. Yang aku tau pukul orang yg ada kat tepi jalan 2. 1 yg best pasal game ni ialah dia x sesusah Vice City (nama pun kluar sebelum Vice City).....

MASA UNTUK AKU HABISKAN GAME NI : LEBIH KURANG 3 MINGGU



25 TO LIFE


Game ala2 gangster......Mula2 aku nampak cam best. Tapi sebenarnya x der la best sgt. Agak haru dia nyer storyboard coz dalam game nie kita akan bertukar-tukar karakter macam 3 orang kat atas tu yakni Officer Williams, Freeze ngan Shaun Calderon. Kejap orang tu, kejap orang ni........Ending untuk game ni mmg hampeh. X heran la pengkritik komen game ni camni :
"Absolutely unadulterated bullshit" - Maurice Branscome
"Voila! You've got a freshly baked crapcake!" - Game Informer Maknanya, x heran la kalau aku habiskan game ni dalam masa.....

MASA UNTUK AKU HABISKAN GAME NI : X SAMPAI SEHARI PUN


Tetapi kejayaan aku untuk menghabiskan game2 nih banyak dibantu oleh cheat2 yg aku cari kat internet. Standard la, kalau nak mintak keje pun gune orang dalam, inikan pulak main game. Kalu x, aku rasa berbulan-bulan baru habis. Bila dah habis main game especially game GTA, mmg aku rasakan dia punya 'satisfaction' coz game yg asyik tersangkut dari dulu finally habis gak.... Sekarang nie aku tgh main lagi satu version GTA iaitu :



GRAND THEFT AUTO : SAN ANDREAS

Tapi memandangkan PC ngan laptop aku x brape nak cukup requirement, game ni jadi slow.........Maknanya tunggu masa lain la nak main.......

17 Mei 2010

BARCA RETAINED THE TITLE


Kejuaraan La Liga yang ke-20 utk FC Barcelona. Tapi still jauh di belakang Los Galaticos a.k.a Real Madrid yg menang 31 kali..............

Walaubagaimanapun, dalam musim nie, Barca dah memecahkan beberapa rekod dalam liga dan juga kat Eropah..............

ANTARANYA :

REKOD BARCA (LA LIGA)

- Mata tertinggi (99 mata)
- Kemenangan tertinggi (31 kemenangan)
- Kemenangan tertinggi di tempat lawan (13 kemenangan, sama cam season 08/09)
- Perbezaan gol terbesar (+74) dalam liga
- Tanpa kalah bila bermula season baru : 21 (17 kemenangan dan 4 seri, pastu diorang score 52 gol, 11 bolos sebelum diorang kalah ngan Atletico Madrid.....Hmmm...)


REKOD DALAM LA LIGA

- Mata tertinggi (99). Rekod kebangsaan dan juga rekod untuk kebanyakan Liga2 kat Eropah
- Kemenangan tertinggi (31, Real Madrid pun nak wat gak dalam season nih)
- Kemenangan tertinggi di tempat lawan (13, sama cam season lepas.......Sekali lagi Real mencapap dalam rekod nih)
- Perbezaan gol terbesar (+74) dalam liga


UNTUK KESELURUHAN MUSIM :

- Kemenangan tertinggi (45 kemenangan) dalam semua perlawanan rasmi (daripada 59 perlawanan)













15 Mei 2010

ADIDAS : IMPOSSIBLE IS NOTHING - LIONEL MESSI

Video yang dibuat oleh Adidas nih diambil dari kisah benar yang dialami oleh Pemain Terbaik Eropah dan juga Pemain Terbaik Dunia 2009, Lionel Messi iaitu masalah dia x boleh nak jadi tinggi cam orang lain. Tapi kalau x salah aku, tinggi dia 169 cm (OK la 2, aku lagi rendah kot). Video ni aku rasa lama dah coz bukan je Messi, tp Kaka ngan Gerrard pun ade. Kat iklan nie gak kita bleh tgk Messi jd kartunis jap......


12 Mei 2010

MURAHNYA........

Murah betul kereta Proton kat Arab Saudi........
Padahal diorang kaya-raya..........
Apsal kat Malaysia mahal lak.....??????
Jom usha skit harga dia......


Seringgit duit kita sama dengan = 1.17 sen Riyal

MAKNANYA :

Persona : RM 30.875.37

Gen 2 : RM 28,737.19

Waja : RM 32,457.63


Naaa Haaiiiiii (perkataan yg selalu digunakan oleh Saudara Bert).............
Harga tu siap kos penghantaran kat sana.........
Siap ada jual spare part lagi tuhhhhh.......

MAKNANYA :

- Rakyat Malaysia yg beli Proton dah kene tipu (termasuk bapak aku)...........
-Diorang kat sini dah byk mark-up duit rakyat Malaysia........

Naaa Haaiiiiii..........