31 Januari 2011

KEANE FEAT. K'NAAN - STOP FOR A MINUTE



Actually lagu nie aku dengar time aku main Pro Evolution Soccer a.k.a PES 2011. Lagu yg relaks dan sesuai utk seisi keluarga.

30 Januari 2011

SEMALAM DI STADIUM SHAH ALAM

Setelah sekian lama, baru aku dapat meng'update' blog aku. Hal ini adalah kerana kat rumah sewa aku sampai skarang x der internet connection lg. Esaimen semakin berlambak, jadi ketiadaan internet di rumah menyebabkan seluruh penghuni di 11 A, Jalan Terumbu, Seksyen 8 semakin gersang.......

Tetapi kegersangan aku dapat diatasi seketika setelah aku pergi Stadium Shah Alam malam sabtu lepas utk menonton perlawanan pertama Liga Super merangkap Piala Sumbangsih di antara Selangor a.k.a Red Giants dgn Kelantan a.k.a Red Warriors (ataupun dah tukar Happy Warriors?). Bersama-sama dgn Saudara Bert, Syafeeq, Irfan dan juga wakil tunggal wanita, Saudari Jasmieta berserta tiket yg berharga RM 20, kitorang pun masuk ke stadium dgn yakin yg Selangor menang Piala Sumbangsih buat kali ketiga berturut-turut. Actually, ni kali pertama aku pergi ke Stadium Shah Alam. Selalunya lalu ataupun tgk dari jauh jer.


Nampak gah di luar.....




Sek2 Klate pun ado boh.......


Mcm 2 org jual kat stadium..Yg penting, diorang mencari rezeki yg halal....


APABILA MELANGKAH MASUK KE STADIUM.......


Fans Selangor.....Kalau diikutkan, x ramai yg pergi kat stadium, mungkin sebab mid sem break, so family comes first la kot....


Fans Kelantan pun x kurang meriahnya.....


Time tu hujan renyai2, so kitorang duduk kat atas. At the same time, aku ada ternampak sekelompok fans Selangor yg x henti2 nyanyi sambil berdiri. Itulah dia Ultras Selangor. Diorang akan menyanyi dan x kan duduk dari sebelum game sampailah habis game.


Ultras Selangor dari jauh


Pastu, Saudara Bert mengajak aku pergi kat Ultras Selangor, nak rasa camner jadi penyokong olok2 Selangor yg fanatik.....Bukan aku jer, Saudara Syafeeq, Irfan dan Saudari Jasmieta pun join sekaki.


Haa, yg ni dekat skit.....


S.E.L.A.N.G.O.R!!!!!!


'King of Malaya ', keconfidenan fans Selangor sebelum game


Pemain2 dah masuk ke padang....


1st half bermula, 0-0






First half ends. Kelantan leading dgn gol penalti yg disumbat oleh Norshahrul Idlan Talaha


2nd half begins.....




Tamat perlawanan, Selangor 0-2 Kelantan. Gol Kelantan dihasilkan dari free kick kapten Kelantan, Piya.


So, buat pertama kali, Kelantan menang Piala Sumbangsih dan Selangor hampa untuk mencipta hattrick. Pada aku, walaupun x ramai, tapi suasanya mmg havoc. Ditambah pulak dgn cacian dan maki-hamun dari fans Selangor bila pengadil bagi advantage kat Kelantan. Time tu gak suasana tegang skit bila fans Kelantan baling mercun, so perlawanan terpaksa delay 10 minit.

Kadang2 aku fikir balik, adakah kekalahan Selangor disebabkan kedatangan aku ke stadium? Sebab aku pernah datang kat Stadium Perak masa Perak lawan Perlis untuk semi final pertama Piala Malaysia yg mana Perak kalah 1-2. Jadi, aku x bleh ke stadium la kot kalau pasukan 2 main kat home. Melainkan kalau Perak bertandang ke Stadium Shah Alam nanti, mungkin Perak boleh menang...

Kalau tgk Stadium Shah Alam, sebenarnya x jauh beza dari stadium2 lain. Facilities byk yg dah usang, pastu tandas yg x dijaga banyak menghasilkan bau2 yg kurang menyenangkan ditambah plak dgn ketiadaan air. Sampah pun merata-rata. So, MBSA kene la buat sumthing, mungkin kalau nak buat sumer kena kos yg tinggi, tapi at least kalau diorang betulkan tandas2 tu pun dh cukup baik, bolehlah para pengguna dapat melepaskan hajat dgn hati yg tenang dan riang.

Aku x tau bila Perak lawan dgn Selangor kat Stadium Shah Alam, tapi aku harap permainan diorang nanti meletup ala2 Barca dgn Real Madrid. Kata musuh tradisi......