27 Julai 2010

TINO COURY - DIARY

Saper Tino Coury? Actually aku pun x brape tau sgt pasal dia nie....Dia ni seorang penyanyi, tapi nama dia x lah segah atau semantap David Archuleta, Gavin Degraw ataupun Owl City. Masuk dalam industri nyanyi2 ni pon agak lewat coz umur dia skarang dah 34 tahun. Start aktif menyanyi masa tahun 2008. Kalau diikutkan, umur2 camtu fans dah kurang. Tambah pulak kat U.S dah berlambak-lambak penyanyi..........


Tino Coury yang bermain gitar ala2 Ramli Sarip


Tapi debut single dia yang bertajuk 'Diary' yg kebetulan aku dgr kat Hitz.fm mungkin membuatkan perspektif aku salah. Org kata, time tua la semakin bergetah......First single dia neh mmg best dan mantop bak kata ustaz apa ntah yg dalam citer mari mengaji tuh.....Aku pun x sure camner Hitz.fm bleh cari lagu dari artis2 yg x braper popular cam dia.....

Lagu ni mengisahkan sorang pompuan yg curang kat boyfriend dia. Boyfriend dia dapat tau yang dia curang melalui diari dan jugak gambar2 dia dgn lelaki lain yang ada dekat diari pompuan tu. So, kepada kaum Hawa, jgnlah curang dgn boyfriend korang kalau x nak rumah korang bersepah mcm video klip kat bawah nie......So, let's check it out this video.....


12 Julai 2010

VIVA ESPAÑA!


Sepanyol buat pertama kali menang World Cup. Ini bermakna jersi diorang dah ada satu bintang. So pasnie bolehla beli jersi yg latest ni. Diorang dah siap buat jersi tu sebelum penyampaian hadiah. Mmg konfiden betul diorang bleh menang..........
Kalau korang nak tau la kan, Sepanyol merupakan negara Eropah pertama yg menang World Cup di luar benua diorang. Lagi satu, diorang merupakan pasukan yang paling sikit menjaringkan gol dalam byk2 negara yg menang World Cup. Diorang gak merupakan satu2 nya team yg x pernah bolos dalam empat game. Ada lagi.........Sepanyol gak merupakan satu2 nya team yg menang World Cup yang kalah masa opening game. So, secara automatik diorang akan pergi Confederations Cup pada tahun 2013. Bagi player2 Barca, piala ni je diorang x menang lagi. Kalau menang, diorang dah boleh main bola dgn aman..............

Kali ni Paul Si Sotong Kurita Khurafat betul 100%. Dahsyat..............Tapi kata tuannya, dia x kan main predict2 lagi match pasnie. Elok la 2, kalau x ramai yg gi main judi. M. Daud Kilau kan dah pesan jgn main judi..........

11 Julai 2010

THE ORANJE vs LA FURIA ROJA


Perlawanan yg menjadi tumpuan seluruh dunia. Apa yg menarik, dua2 team x penah menang lagi World Cup. Paling sadis ialah Belanda coz dua kali berturut-turut pergi final tapi dua2 kalah. Tahun 1974 dgn Jerman, 1978 dgn Argentina. Jadi, hari ni sejarah bakal tercipta bg kedua-dua team ni utk menjulang Piala Dunia buat kali pertama dalam sejarah.

Dua2 team nie mmg menjadi pilihan utk menang World Cup. Mmg susah nak dijangka saper yg menang coz dua2 ada kelebihan tersendiri dari segi teknikal dan taktikal di samping dgn player2 bertaraf dunia. Penjaring gol terbanyak setakat ni dgn 5 gol masing2 ada dalam team Sepanyol dan Belanda yakni Abang Sneijder dan jugak Abang Villa.


Diorang berkongsi gol dgn player Jerman, Thomas Muller dan player Uruguay, Diego Forlan. So, masing2 masih ada peluang utk dapat anugerah kasut emas lagi.

Belanda buat masa sekarang mmg mantap coz x penah kalah lagi. Sepanyol lak, mula2 dikritik coz kalah dlm opening game dgn Switzerland. Tp dgn game tu la diorang semakin matang dan dpt sampai ke pentas final. Rasanya, game pagi nanti mmg menjanjikan perlawanan yg menarik.

Paul si Sotong Kurita Khurafat tu cam biasa menjalankan tugasnya dan meramalkan Spain menang. Tapi harus diingat ye, dia penah buat silap masa final EURO 2008 yg mana dia aim Jerman yg menang tapi alih2 Spain yg menang.

Jangan buat silap lagi ye Paul!


Kita tengok je la saper yg menang nanti. Silap hari bulan, kalaulah Spain kalah, mau si Paul nie kene buat sotong goreng tepung. Dulu kerajaan Sepanyol beria-ia nak selamatkan dia bila Spain menang. Jadi ramalan aku, memandangkan Spain ni bila menang pon x byk gol, Aku rasa:

NETHERLANDS 0-1 SPAIN

09 Julai 2010

SHAH ALAM YANG SANGATLAH CROWDED.......

Dah seminggu aku ada kat Shah Alam utk sambung belajar. Kat sini serba serbi semuanya sesak. Dengan kete, orang, mcm2 lagi la. Pastu jalan banyak seksyen, dgn roundabout lagi, kalau yg x tau, naya je. Nak melantak pon payah. Aku x suka ramai orang. Rimas!

Jauh beza dgn Arau. Orang kata Perlis x best la, x de Mek D la, apa la. Tapi kitorang yg penah dok sana ada kisah, ada peduli ke? Diorang x rasa lagi. Kalau dah rasa, baru tau camner. Klau ada degree kat sana, x payah la aku susah2 nak pegi sini. Kalau boleh, nk keje ngan kawin pon kat sana (cewah). Sir Budin pon penah cakap kat FB, 'Kalau saya x suka Perlis, masakan saya beli rumah di sini. Kemajuan ada di mana-mana, tapi environment kat sini mana nak dapat kat tempat lain,' Dengar tu, bekas lecturer Shah Alam sendiri yg cakap camtu.

Tapi nk buat camner kan, tahan la 2 tahun. Kat Perlis bleh la boros2, kat sini kene la jimat2 skit. Nasi bujang pon OK apa kalau nak saving. RM 3 je pon campur dgn air skali. Lg 1, kalau nak beli jersi kat sini pon mahal. Mau RM 50 hengget kat sini. Kat Padang Besar RM 28 jerrr.....

Seriously, aku mmg rindukan Arau.................Ohhh.....Kalau ada jodoh kita jumpa lagi. Xiphoidian, jom pakat2 pegi Perlis pas habis praktikal tahun 2012 nanti pastu borong jersi sempena EURO 2012............

PERLIS INDAH, LAGI MEMPESONA....


p/s : Aku ada tulis citer ni, tapi tgh syok2 tulis, siku aku kene mouse pastu ntah camner,hilang lak. Terpaksalah aku tulis lain. CIS!!!!!!

01 Julai 2010

B.O.B - AIRPLANES (FEAT. HAYLEY WILLIAMS)

Aku tertunggu-tunggu gak video klip diorang ni. Asyik dgr audio je. Last2 keluar gak........Ni kire debut pertama artis baru, B.o.b dgn album B.o.B Presents: The Adventures of Bobby Ray. Video nie dia collaborated dgn Hayley Williams, vokalis Paramore. Seriously, bg aku lagu nie mmg sedap sampai aku x tau dh brape ratus kali aku dgr. Cume video nie agak simple skit tapi yg penting Hayley Williams still comel dgn rambut dan pakaian ala2 budak kecik. Salute to her which can sing variety of genre.