31 Disember 2010

SEKITAR BULAN DISEMBER

Mengikut entry aku kali ni, aku hanya mampu mengimbas kembali kejadian2 sepanjang bulan Disember je. Nak imbas 1 tahun mmg x larat aku. Kalau nak tgk imbasan sepanjang 2010, sila ke ruang tamu rumah korang utk tgk sorotan tahun 2010 kat TV. Bulan Disember byk gak kejadian, tapi aku igt sikit je.

  • Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu berundur lepas 31 tahun memimpin parti itu dan menyerahkan jawatan kepada timbalannya Datuk G.Palanivel. Dulu, seingat aku, dah berapa kali dia cakap nak lepas jawatan tapi x jugak. Lama kot, dari 1979 lagi.

Dgn pengunduran ini, diharapkan beliau dpt menggunakan masa untuk memperbanyakkan ibadah beliau.

  • Kes bunuh tiga warga Myanmar dekat Selangor (kat daerah mana aku dah lupa). Kejadian ini mengingatkan aku tentang kes bunuh dekat Pangsapuri Rimba 2, Seksyen 16, Shah Alam yakni rumah sewa lama aku. Time kejadian tu, aku tgh final exam kertas Human Resource. Dalam kejadian tu, warga Myanmar tu ditikam 9 kali dekat dada menggunakan screw driver (mantap!)

Pangsapuri Rimba 2 in memory........


  • Kemalangan dekat highway Simpang Pulai - Cameron Highlands yg meragut 27 nyawa. Kejadian tu adalah yg terburuk dalam sejarah pengangkutan negara. Beberapa hari lepas, aku pergi Ipoh dan aku ternampak bas tu dekat Balai Polis Ipoh. Teruk jugak bas tu. Bahagian atas dia hancur. Takziah buat keluarga mangsa.

Berhati-hati di jalan raya. Ingatlah org yg tersayang

  • Russia dan Qatar menang bidaan utk Piala Dunia 2018 dan 2022. Tapi ada gak yg x puas hati dgn kemenangan Qatar coz negara tu panas ditambah plak dgn rekod bola sepak Qatar yg x pernah pergi Piala Dunia. Yg penting, England sudah kalah diorang punya bidaan. David Beckham yg menjadi pujaan ramai wanita pun gagal tolong negara dia utk menang bidaan World Cup.


Setakat ni, aku x pernah tgk lagi Anugerah Skrin ataupun ABPBH buat style yg Blatter buat ni, bukak result depan2.....


Pak Arab dan Mat Salleh dari Russia

  • Selesailah sudah group stage untuk UEFA Champions League. 17hb lepas, undian utk pusingan Round of 16 dilakukan. Sepertimana biasa, Barca akan jumpa Arsenal yg x serik2 dikitai 4 biji oleh Messi di Nou Camp. Bayern pulak akan cuba membalas dendam kat Internazionale bila diorang jumpa balik di pusingan ni. Final akan diadakan di Stadium Wembley pada 28 Mac 2011 di kala ketika itu, budak2 part4 tgh ambik intersession.

Juara kali ini yg berada di list yg no. 3 bawah sebelah kanan




  • PTPTN telah pun masuk ketika aku mencuba nasib dekat Maybank ptg tadi. Syabas kepada PTPTN!


SELAMAT TAHUN BARU 2011!


0 Pujian Menggunung: