21 Disember 2010

M.A.L.A.Y.S.I.A!!!


Berhabuk jugak la blog aku neh....Dekat 3 minggu dah x update apa2, ditambah plak dgn kelembapan Maxis Berukband kat kawasan aku yg mcm siput vavi. So, kepada Anandha Krishnan, jgn nak mark-up sgt, suruh la org2 anda buat kerja.....

Orait, akhirnya tanah tumpahnya darahku, MALAYSIA sampai ke final Piala Suzuki dalam masa 14 tahun. Masa nilah ramai yg memuji-muji pasukan Malaysia (termasuk aku) kononnya Malaysia kembali ke zaman kegemilangan. Tapi, kalau kalah, kalau x de maki-hamun mmg x sah (termasuk aku). Sebenarnya, bila Malaysia dah masuk final ni, mcm2 cerita yg kedengaran tentang diorang neh:

  • Malaysia berjaya ke final tanpa menggunakan khidmat pemain import. X mcm negara yg skarang heboh dgn kes rakyat dia telanjang x tentu hala di khalayak ramai (Singapore), penuh dgn player rojak buah dan pasembor tp kalah jugak. Rajagobal pun x suka nak ambik player import. Tapi rasanya x salah kalau dia ambik player yg ada kene mengena dgn Malaysia mcm Brendan Gan yg main kat Sydney FC dan Tadashi Takeda kat Fagiano Okayama FC. Buat mcm Filipina. Filipina skarang dah x mcm dulu. Yg skarang nyer mmg bagi fight. Congratz 2 them!

  • Ada yg samakan Malaysia ni mcm Spain. Sebab? Masa Piala Dunia, Spain kalah first game tp menang World Cup. Kira nasib Malaysia hampir2 sama la dgn Spain. Malaysia pn kalah first game dgn Indon. Cehhh........

  • Atlet yg cemerlang confirm akan dpt ganjaran. Skarang ni berlumba-lumba KBS cari sponsor untuk bg ganjaran kat player Malaysia. Siap ada aku janji lagi. Dari RM 5000 yg dijanjikan, terus bertambah ke RM 9000. Mantop! Tapi ada yg x setuju dgn ganjaran tu sebab nanti dikatakan main utk duit je. Tapi saper yg x nak duit? Maklumlah skarang ni brg keperluan dah naik.....

  • Ranking, ranking dan ranking.......Menteri Belia dan Sukan begitu bersemangat sekali masa aku tgk beliau dekat Info Sukan TV1. Beliau berkata, 'Kalau kita menang, ranking kita akan naik.' Beliau begitu ghairah dalam bab2 ranking ni tetapi beliau harus ingat, ni Piala AFF je, bukan World Cup. So, jgn lah begitu berharap sgt yg ranking Malaysia naik. Yg confirm, ranking masih tetap 100 ke atas hatta menang sekalipun.

Untuk mengetahui keputusan Malaysia-Indonesia lebih awal, adalah lebih molek kalau FAM cuba guna Paul II, dia pun x tilik lagi mana2 pasukan sejak kematian arwah Paul. Ini membolehkan FAM menjadi persatuan bola sepak pertama kat dunia menggunakan khidmatnya. Tapi Paul II ni layan ke Piala AFF?

2 Pujian Menggunung:

Berto berkata...

Menteri Belia banyak sgt ckp. Belum apa2 dah bagi itu bagi ini. X brapa molek

Saudara Yeop berkata...

Hahaha....
keghairahan beliau terserlah....