16 September 2009

KISAH BENAR DARI PALESTIN......



Raya dah nak dekat........Sumer orang x sabar2 nak tunggu raya especially bila sumer persiapan dah dibuat....... sumernyer baru......tapi pernah x kita terfikir saudara2 kita kat Palestin tu......camner la raya diorang....adaker baju baru, jumpa sedara-mara, bergelak ketawa......mungkin ya, mungkin tak.....mungkin raya diorang dihujani peluru yang dilepaskan oleh tentera2 Yahudi laknatullah.....kita x tau.....Tapi walaupun camner pun keadaan diorang, diorang x pernah berputus asa melawan tentera2 Yahudi laknatullah........Sebagai seorang Islam, aku memang betul2 bangga ngan diorang walaupun diorang berperang dengan kelengkapan perang yang tak secanggih tentera Israel dan juga dengan keadaan yang serba kekurangan.......So, kat sini, aku nak share la skit tentang kejadian2 aneh yang betul2 berlaku masa tentera Mujahidin berperang ngan tentera Israel yang aku kutip dari macam2 sumber kat internet........Semoga apa yang aku share nie dapat menyedarkan kita bahawa Allah akan menolong hambaNya yang berjihad diatas jalanNya........Jom usha.....



Al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, Pengerusi Eksekutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20 hinnga 31 Januari 2009. Berikut adalah kisah benar dari beliau dari pengalamannya semasa beliau berada di Gaza:


  • Seorang ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa ketika satu pertempuran, komander Mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan kereta kebal tersebut. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba sahaja senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Siapakah yang menembak tentera Yahudi laknatullah itu??? Allahuakbar......
  • Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel, yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangkan uniform pejuang berwarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???
  • Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.
  • Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik!!! Allahuakhbar......
  • Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkannya dan roket itu mengenai sasaran di Israel!!!
  • Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah S.A.W dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu bertanya, "Wahai Rasulullah, kemana kamu mahu pergi?", lalu Baginda menjawab "Aku mahu berperang di Gaza!!!"......MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza!!! Dimanakah kita???


Itu baru dari Ustaz Zaik. Ada lagi macam2 peristiwa aneh yang berlaku semasa peperangan tersebut. Antaranya.........




  • Ketika pertempuran di Migraqah di mana pesawat2 tempur Israel menggempur dan mengepung Mujahidin dari atas mereka. Mereka tidak dapat bergerak. Tiba2 datang mendung yang memayungi mereka dan menutupi pesawat tempur Israel untuk melihat bumi. Maka para Mujahidin bergerak menghindari tempat itu.
  • Sejumlah Mujahidin melihat dengan mata kepala mereka ssendiri sebuah rumah dihancurkan tentera Israel dengan bom besar sehingga khuatir akan merebak ke rumah sebelah. Dalam kebakaran yang dahsyat itu, mereka melihat seorang Mujahidin berdoa kepada Allah sambil menangis, ‘Wahai Allah yang menjadikan api dingin dan keselamatan bagi Ibrahim, padamkan api dengan kehendakMu’. Hanya selang tiga minit, api itu padam. Maka para Mujahidin yang menyaksikan peristiwa itu lantas menangis kerana mereka merasakan Allah menolong dan mengabulkan doa mereka.
  • Seorang Mujahid menceritakan bahawa mereka melihat dua kereta kebal Israel meledak dan terbakar di tempat mereka memasang bom ranjau. Kata Mujahidin tersebut, ‘Ketika kami menghampiri dua kereta kebal Israel yang meledak, ternyata bom yang kami pasang masih belum meledak.
  • Mujahidin, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel . Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.
  • Ketika para Mujahidin bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka. Para Mujahidin dapat menembak kesemua musuh dengan mudah.
  • Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang Mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasuki serpihan besi. Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan dibahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.
  • Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera Hamas yang mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahidin memakai pakaian ala tentera seperti biasa.
  • Seorang wanita mengandung disahkan doktor di setiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan. Sebaik suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki.
  • Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki. Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang sahaja. Allah SWT menggantikan dalam peperangan tersebut Mujahidin masa depan yang lebih ramai.
  • Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama serangan Yahudi ke atas Gaza, hendak dikebumikan di liang lahad ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu, mereka dapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain kafannya masih putih bersih.


Allahuakbar..........Memang pelik peristiwa2 kat atas tu. Memang bagi kita, benda 2 mustahil dan x masuk akal.....Tapi Allah Maha Besar.....apa2 pun boleh terjadi dengan izinNya......Jadi kita sebagai saudara seagama x boleh lepas tangan camtu jer.....Mungkin kita x mampu nak angkat senjata, tapi kita mampu untuk mengangkat tangan kita untuk mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin dan juga memudahkan perjuangan para Mujahidin untuk menentang musuh2 Allah......Semoga dengan peristiwa2 kat atas tu dapat menyedarkan diri kita bahawa orang yang berjuang di jalan Allah pasti akan mendapat pertolongan dariNya......Semoga Aidilfitri yang bakal menjelang tak lama lagi memberi kekuatan dan kesejahteraan kepada rakyat Palestin untuk berjuang menegakkan kalimat Allah..........Amin........

0 Pujian Menggunung: