05 Disember 2009

COUNTDOWN WORLD CUP DAH START!


Teka-teki dah terjawab......Tidak seperti teka-teki yg selalu diberi oleh rakan2 kita, teka-teki yg diberikan FIFA lebih menarik perhatian coz 32 team yg berentap time World Cup nanti dah diketahui kumpulannya lepas pengundian 2 dijalankan pagi tadi waktu Malaysia.....

Tapi apa yg menarik, sebelum World Cup draw 2 start, awek cun @ pelakon dari Afrika Selatan yg bernama Charlize Theron dgn gaya menggodanya telah mengambil bola yg berisi nama team Ireland dari balang, bukannya France masa rehersal.

Kata Jerome Valcke yakni Setiausaha FIFA, 'Kitorang melawak je,'. Senangnya cakap..........Mungkin silap haribulan Charlize Theron ngan Jerome x dapat menjejakkan kaki kat Ireland untuk menikmati sajian Irish Stew disebabkan lawak bodoh diorang tu.......


Charlize Theron berkomplot dengan FIFA untuk menjadi seorang pelawak


Selesai undian untuk World Cup nie, jom usha skit group2 yg ada dan jugak ramalan aku........


GROUP A : AFRIKA SELATAN, MEXICO, URUGUAY, PERANCIS

Maybe Perancis bleh rasa lega bila dapat dlm group nie. Senang skit keje diorang nak masuk Round of 16 nanti. Tapi lepas tu, Perancis kene struggle la coz Perancis sekarang x mantap mcm Perancis yg dulu. Mexico dgn Uruguay lak kene la bersaing coz dua2 mantap tp aku rasa advantage kat Mexico walaupun Uruguay bekas juara Piala Dunia 2 kali. Afrika Selatan.......diorang nie agak perform la time Confederation Cup tapi aku rasa diorang bleh ucapkan selamat tinggal lebih awal.

RAMALAN AKU : Perancis dgn Mexico aku rasa akan layak ke Round of 16. Tapi Uruguay bleh buat kejutan.


GROUP B : ARGENTINA, NIGERIA, KOREA SELATAN, GREECE

Macam France, Argentina pun x de masalah nak jadi juara group ni. Saingan hanya tertumpu kat Nigeria, Korea Selatan dgn Greece je. Tiga2 team ni penah jadi juara benua masing2, team mana yg terer, dia yg layak.

RAMALAN AKU : Dah sah2 Argentina layak....Tapi yg tiga team nie agak susah skit aku nak pilih.....Tapi aku rasa Nigeria akan mengiringi Argentina coz diorang nyer pengalaman main kat World Cup dgn jugak player2 diorang yg bertaraf bintang.


GROUP C : ENGLAND, USA, ALGERIA, SLOVENIA

Group nie aku rasa Algeria je yg akan bg saingan kat England ngan USA. England yg tgh on form mmg x de hal nak mng sume game dlm group nie....Slovenia aku rasa bleh balik awal la coz aku rasa mmg susah diorang nak lepas group ni.....

RAMALAN AKU : England dgn USA akan layak tp USA kene hati2 ngan Algeria. Silap haribulan, USA plak yg tersingkir awal...


GROUP D :JERMAN, AUSTRALIA, SERBIA, GHANA

Semua team ni layak ke Piala Dunia 2006 tapi Serbia (masa 2 Serbia and Montenegro) je yg x lps group stage. Aku rasa benda yg sama gak akan berulang kat diorang. Australia ngan Ghana mmg kene fight dalam group nie. Jerman x de problem kot nak mng.

RAMALAN AKU : Jerman dgn Ghana akan layak. Australia bkn x layak tp aku rasa team diorang x brapa nak kuat utk lawan Jerman ngan Ghana.


GROUP E: BELANDA, JEPUN, DENMARK, CAMEROON

Belanda yg menang sume game time kelayakan x de masalah nak gi next round. Jepun, Denmark ngan Cameroon akan bertarung saper yg lg layak. Tapi aku rasa Jepun akan terkeluar awal. Denmark ngan Cameroon pun perform gak time kelayakan.

RAMALAN AKU : Belanda dgn.......Antara Denmark dgn Cameroon , aku lebih cenderung kepada Cameroon. Mungkin Eto'o and the gang boleh buat sesuatu dalam group ni. Denmark agak susah nak lepas group nie.


GROUP F : ITALI, PARAGUAY, NEW ZEALAND, SLOVAKIA

Itali, juara edisi lepas, walaupun dibarisi kuda2 tua, tapi akan lepas gak group stage. Kalo x lepas malu la coz group nie x de la kuat mana pun. Paraguay pun akan gi next round di belakang Itali. New Zealand dgn Slovakia yg kali kedua layak ke World Cup nie kene blajar la dgn 'senior' diorang yg dah slalu gi World Cup.......

RAMALAN AKU : Senang......Itali dgn Paraguay.


GROUP G : BRAZIL, KOREA UTARA, IVORY COAST, PORTUGAL

Hah......Ni la dia, 'Group of Death' dalam World Cup nie.......Ramai yg cakap Brazil akan mempunyai laluan yg berliku tp aku confident yg skuad Samba nie akan layak ke Round of 16. Ivory Coast pun x bleh dipandang rendah coz diorang nyer performance pun dah mantap skarang nie. Kira Portugal kene berhati-hati gak la. Korea Utara..........akan jadi budak belasahan kat dalam group nie. Tapi aku rasa diorang pun x bleh dipandang enteng sama skali.........Time World Cup 1966 kat England, diorang layak ke suku akhir tp kalah ngan Portugal 3-5 walaupun dah leading 3-0......Mungkin semangat atuk2 diorang yg main time 2 meresap dalam jiwa diorang nanti.....So, kita bleh tgk ulangan suku akhir dalam group nie.

RAMALAN AKU : Brazil confirm, Ivory Coast dgn Portugal yg payah skit nie.......Portugal aku rasa ada skit advantage.....Ivory Coast......Haaah!!!


GROUP H : SEPANYOL, SWITZERLAND, HONDURAS, CHILE

Group ni pun agak mudah bagi Sepanyol yakni juara Euro 2008. Menang sume game time kelayakan, team nie mmg calon utama untuk jadi juara kumpulan. Antara Switzerland, Honduras dgn Chile, tiga2 x byk beza tp Chile mungkin ada skit luck untuk pergi next round. Switzerland ngan Hounduras mungkin bleh buat kejutan dalam group nie.

RAMALAN AKU : Sepanyol dgn Chile akan layak. Switzerland ngan Honduras kene usaha lebih skit kalo nak layak.



Ni cume ramalan aku je.....Tapi dalam bola sepak, apapun bleh jadi. So, kita tunggu dan lihat je la apa yg jadi pada 11 Jun hingga 11 Julai 2010 nanti......South Africa, we're ready!!!

04 Disember 2009

PREVIEW: PARAMORE - BRICK BY BORING BRICK

Single kedua Paramore dari album 'Brand New Eyes'


02 Disember 2009

MESSI RAMPAS BALLON d'OR DARI ALMARI RONALDO


Tahun lepas dapat no dua je, tapi berkat kesabaran mamat nie dia dapat gak anugerah Ballon d'Or iaitu untuk pemain terbaik Eropah. Messi dapat 473 undi dari 480 mata maksimum (hampir perfect tue), meninggalkan Ronaldo yg hanya dapat 233 undi je (hahaha....). Xavi ngan Iniesta pun x kurang 'mantop' nyer coz diorang pun dapat tempat ke-3 ngan ke-4 dgn 170 dan 149 mata.

Messi nie kira player Argentina pertama la yg menang benda alah nie......Lagipun ramai dah cakap yg dia nie mmg conform dpt anugerah nie.....Kalo diikutkan performance dia pun, mmg patut dia dpt anugerah nie coz banyak tolong Barca mng byk piala season lepas. Tp yg aku respect si Messi nie, dia still merendah diri bila dpt anugerah nie. Kalo Ronaldo, mesti dia kluarkan kata2 angkuh dia...Huh.....

Malas nak cite byk, korang usha la pemenang2 lepas anugerah nie.......Adios....


30 November 2009

EL CLASSICO: HANYA 5 MINIT UNTUK IBRAHIMOVIC

Satu untuk Barca, telur ayam untuk Real........Itulah yg berlaku kat Nou Camp awal pagi tadi waktu Malaysia..... Ramalan aku untuk Barca mng 3-0 akhirnya meleset sebab kata dukun yg manage ramalan nie, dia nak bagi 3-0 tu kat Chelsea masa lwn Arsenal.......X kisah la, yg penting Barca mng pastu merampas balik takhta La Liga kat Real.

Sebelum game, Puyol ada ckp yg game nie 50-50.....So, dia pun x brani nak expect yg Barca mng.....Tapi si Ronaldo dengan nada bergurau kata dia nak sumbat 10 atau 20 gol.......Ko nak buat 1 gol pun seksa, inikan nak buat gol byk tu......

Malam 'El Classico' kat Nou Camp penuh ngan penyokong2 Los Cules ngan Los Galaticos......Tapi dah sah2 la penyokong Loa Cules lg ramai....Dua2 team lak byk player yg worldclass.....So, sume org kat seluruh dunia mesti nak tgk player2 nie beraksi.....

Suasana kat Nou Camp






Sempat mencapap sebelum game........





Barisan Los Cules......Lawa windbreaker......



Perlawanan nie menyaksikan Real lagi banyak membuat percubaan 'shot on goal' iaitu 16 kali berbanding Barca iaitu 9 kali walaupun Barca menguasai game dgn 62%......Tapi dari 16 kali tu, 1 pun x gol......Ronaldo, Marcelo, Benzema....hancusss.......Real mungkin boleh mng game nie sepatutnya.....Tapi nak mng kat Nou Camp? Jgn mimpi la.......


Percubaan dari Marcelo





Menyesal x sudah Ronaldo bile x buat 10 gol.......1 gol pun haram.........




First half, 0-0.......Second half, Pep Guardiola masukkan Ibrahimovic menggantikan Henry yg x brape nak menjadi pada minit ke-51. Mungkin dia asyik pikir pasal game playoff ngan Ireland dan jugak kutukan org kat dia. Baru je 5 minit beraksi, Ibrahimovic dah meledakkan gol 'half volley' hasil hantaran dari Dani Alves. 1-0 untuk Barca....


Gol Ibrahimovic secara 'slow motion'



Melompat riang anak kepada Sefik Ibrahimovic ni........





Berfoya-foya selepas menjaringkan gol.......





'5 minit je aku wat gol.....' Begitu angkuh skali Ibrahimovic....



Lepas tu, Real Madrid mula wat asakan bertali arus pas gol tu.......tapi still tak dapat gol gak walaupun Benzema masuk menggantikan Ronaldo.....Barca gak berpeluang nak tambah gol tapi Messi lak sia2 kan peluang tu bila 'face to face' ngan Casillas.

Game yg dimainkan oleh dua2 team ni pun agak kasar gak coz byk kad kuning.....kat Real la byk....4 kad.....Tapi dua2 team main ngan 10 org bila Sergio Busquets kena kad merah pada minit 63, Lassana Diarra lak minit 90......Kalo x kene kad merah pun bknnya bleh mng pun......Barca rilek je......


Player Real buat kecoh bila Diarra kene kad merah.........Last minute pun nak kecoh........

Final score, 1-0 dan result nie membolehkan Barca menerajui takhta La Liga dgn kelebihan 2 mata.........2 mata x jauh so Barca kene pulun game2 lps nie......Lepas game nie, Real mesti akan balas dendam balik kat Santiago Bernabeu.......atau diorang kalah lagi mcm season lepas?......Sama2 kita nantikan........

29 November 2009

FAKTA-FAKTA MENARIK......

  • Dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
  • Bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.
  • Magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
  • Cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
  • Seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.
  • Burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.
  • Bunyi perkataan lempeng dan lempang adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena lempang masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.
  • Gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
  • Orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
  • Ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

28 November 2009

EL CLASSICO: FC BARCELONA v REAL MADRID

Pagi isnin waktu Malaysia......satu perlawanan yg memang menjanjikan pertembungan menarik yg mungkin akan memukau berjuta-juta orang di seluruh dunia.....Orang yg tengok cite Oprah Winfrey ngan Baywatch pun aku gerenti akan tukar channel nyer........

EL CLASSICO: FC BARCELONA v REAL MADRID


Mmg x dpt dinafikan la, dua2 team nie mmg antara yg paling kuat kat Spain ngan Eropah......Diorang gak antara 3 team yg x penah tersingkir kat La Liga......Manchester United pon penah tersingkir dari EPL....Hahaha!!!! Pencapaian diorang pon mmg mantap tapi advantage kat Real Madrid la.....Real Madrid a.k.a Los Galaticos nie mmg dari dulu sampai skarang x penah lekang dari dibarisi star2 dari seluruh pelusuk dunia. Dari Alfredo di Stefano, Laudrup, Zidane, Figo (a.k.a pembelot!), Raul, Kaka, Benzema........banyak dowh! Diorang lak x de hal nak bli sumer player nie coz diorang nie pon antara kelab bola sepak yg terkaya kat dunia......Ada duit sume bley jadi.......2 pasal pencapaian diorang mantap! Piala yg diorang dapat dari dulu sampai skarang confirm penuh dalam almari2 kat galeri diorang.........Diorang gak merupakan kelab yang paling banyak menang Liga Juara2 Eropah iaitu 9 kali......


FC Barcelona a.k.a Los Cules a.k.a team fevret aku nie diorang agak lambat naik la kalo nak dicomparekan ngan Real. Kalo Real merupakan kelab pertama yg menang Liga Juara2 Eropah masa benda nie mula2 diadakan pada tahun 1955, Barca lak tahun 1992 baru la diorang menang Liga Juara2 Eropah.......Sejak dari tu diorang baru meningkat naik nak jadi team yg digeruni kat Eropah.......Sekarang nie saper yg x kenal Barca? Dari Guardiola, Rivaldo, Luis Enrique, Ronaldinho, Xavi, Iniesta, Messi,Ibrahimovic.......Sumernya player bertaraf dunia.....Satu benda yg aku ske ngan Barca ni adalah diorang develop player2 muda diorang....so maknanya player2 muda yg main kat Barca mmg ada masa depan la.......Player2 cam Bojan, Pedro, Jeffren....x mustahil diorang bley jadi star satu hari nanti.....X macam real....Player muda diorang mmg x der masa depan kat sana......Kalo dpt main ngan senior team pon, skejap jer.......pastu pindah kelab lain.......


INFO PASAL DIORANG.....


REKOD PERTEMUAN: 158 kali

Barca menang: 60 kali

Real menang: 68 kali

Seri: 30 kali



PIALA2 DIORANG.......


La Liga (Liga Sepanyol):

Barca: 19 kali

Real: 31 kali

Copa Del Rey (Piala Raja Sepanyol):

Barca: 25 kali

Real: 17 kali


Supercopa de Espana (Piala Super Sepanyol):

Barca & Real: 8 kali


UEFA Champions League:

Barca: 3 kali

Real: 9 kali


UEFA Cup (Skarang nie dah jadi Europa League):

Barca: 3 kali

Real: 2 kali


UEFA Super Cup:

Barca: 3 kali

Real: 1 kali


FIFA Club World Cup:

Barca: Blom lagi (Hujung tahun nie kot)

Real: 3 kali


Kalo tengok kat atas, Real mmg byk advantage dari Barca, tapi 2 sume cite lama..........Real skarang pon dah terumbang-ambing diorang nyer performance......Walaupun diorang menang byk piala, tapi diorang x penah buat apa yg Barca buat iaitu menang sumer cup dalam satu season.....Menang je Barca masa Piala Kelab2 Dunia nanti, maknanya Barca kira buat record dunia yg x penah dibuat oleh mana2 kelab kat dunia nie.....Apapun, aku mmg harap Barca bagi performance yg mantap kat Nou Camp nanti.............Aku nak tgk Real kene lauk cam season lepas........FORCA BARCA!!!!!!!


RAMALAN AKU:
FC BARCELONA 3-0 REAL MADRID

22 November 2009

AL-KISAH TENTANG FINAL EXAM......

Pejam celik, pejam celik, dah habis part 5..........cepat lak masa berlalu.......Minggu lepas aku baru jer habis final exam untuk part 5 nie......Tak macam semester yg lepas2, makin naik semester makin susah.......Tak kira ler assignment, test......final exam pun makin susah.....Bukan 2 je, aku ngan member2 aku pun nak study pun rasa malas walaupun dah tau exam nie mmg tough coz sumer dah terpikir pasal praktikal semester depan....Hmmm......mmg x bley blah dibuatnya.......So, kat sini aku nak cite la skit perjalanan final exam untuk part 5 yang sememangnya boleh ‘membunuh’ aku ngan member2 aku........

SPORT COMMUNICATION
Paper pertama untuk final exam..........Paper nie boleh dikatakan agak senang la coz soalan pun byk yg ulang2.......Walaupun dalam bilik exam yg sejuk, tapi itu x mematahkan semangat member2 aku untuk perform.Buktinya,ramai yg keluar awal......Aku rasa paper nie ramai yg dapat markah tinggi.....

SPORTS LAW
Hah.......Paper nie mmg paper killer yg boleh membuatkan saper2 yg amik paper nie jd giler......Paper nie mmg paper yg paling susah antara sumer paper yg ada kat sportrec.....Aku mmg cukup risau ngan paper nie.......Exam kat tempat yg sama, aku nampak ramai betul yg keluar awal......Perform diorang nie.....Hmmm.......Mungkin diorang dah pulun habis-habisan masa study......

ENTREPRENEURSHIP
Nie lagi satu paper......Dah le time present asyik kene hentam je, pas2 carry mark sikit....X de sorang pun yg dapat markah lebih dari 40....Course2 lain yg amik course nie kebanyakannya sume dapat 40 ke atas......Hampeh betul.....Pastu format untuk paper nie dah lain......Kitorang lak jadi eksperimen......Time exam lak soalan dia cam haram.........Mmg kebanyakankan dari kitorang x puas hati gak la ngan paper nie.....Nak x nak, terpaksa la jawab mana yg mampu....

PHYSICAL CONDITIONING
Nie pun sama jer.....Carry mark kitorang x tau......Soalan apa yg keluar pun kitorang tak tau gak......Mmg x de hint langsung pasal paper nie......Time bukak paper 2 mmg aku menyumpah-nyumpah paper 2.......Aku tgk si Dan dah geleng2 kepala........Ada soalan dalam paper 2 x penah ada langsung dalam nota........Camner 2....? Fahim yg bijak bestari pun kata mmg susah gak soalan nie.....Mmg byk daripada kitorang kecewa ngan paper nie.....Aku dgr citer ada yg nangis....Dah pulun study tp lain lak yg keluar.......Ala...org lain rasa susah gak.....Rilek sudah.....

PROFESSIONAL ACTIVITY
Hahahaha.......Paper nie kalau x der yg keluar awal mmg x sah......Mmg dah jadi tradisi.....Lepas setengah jam, mula le ramai yg keluar...Mana taknya, soalan2 yg keluar mmg soalan2 yg sama je setiap semester.....Mmg seronok gak la menjawab......Tapi si Manja dah keluar boleh lak gelak2.....Kuat lak tu......Tau la perform....Orang lain pun perform gak.....Control la skit wahai bakal ANC........

SPORT SAFETY
Paper last untuk semester nie.......Kalau x paper nie awal, tapi disebabkan paper nie x de gap untuk study, so paper nie dilanjutkan.....Kalo x kitorang dah balik awal dah.....Macam paper Physical Conditioning, x der hint untuk soalan nie.........Tapi soalan nie OK skit la coz byk objektif ngan true false.......Yang aku heran, ramai gak yg keluar awal, mengalahkan paper Pro X lak aku tgk.....Yelah....sume nak cepat balik coz ada yg balik hari 2 gak.......

Tapi apa yg aku boleh simpulkan kat sini, x ramai yg happy ngan exam nie....Selalunya habis je exam sume happy....merdeka...merdeka....Tapi kali nie sume risau.....Mau x risau......X susah lak soalan2 exam semester nie......Sume berharap semester nie clear paper....Aku pun cam2 gak.....Kalo x clear, alamatnya mmg kene praktikal kat gym ngan ‘The Store’ la......Doa2 la sume Xiphodian lulus sume subjek...Amin.......