Dah seminggu aku ada kat Shah Alam utk sambung belajar. Kat sini serba serbi semuanya sesak. Dengan kete, orang, mcm2 lagi la. Pastu jalan banyak seksyen, dgn roundabout lagi, kalau yg x tau, naya je. Nak melantak pon payah. Aku x suka ramai orang. Rimas!
Jauh beza dgn Arau. Orang kata Perlis x best la, x de Mek D la, apa la. Tapi kitorang yg penah dok sana ada kisah, ada peduli ke? Diorang x rasa lagi. Kalau dah rasa, baru tau camner. Klau ada degree kat sana, x payah la aku susah2 nak pegi sini. Kalau boleh, nk keje ngan kawin pon kat sana (cewah). Sir Budin pon penah cakap kat FB, 'Kalau saya x suka Perlis, masakan saya beli rumah di sini. Kemajuan ada di mana-mana, tapi environment kat sini mana nak dapat kat tempat lain,' Dengar tu, bekas lecturer Shah Alam sendiri yg cakap camtu.
Tapi nk buat camner kan, tahan la 2 tahun. Kat Perlis bleh la boros2, kat sini kene la jimat2 skit. Nasi bujang pon OK apa kalau nak saving. RM 3 je pon campur dgn air skali. Lg 1, kalau nak beli jersi kat sini pon mahal. Mau RM 50 hengget kat sini. Kat Padang Besar RM 28 jerrr.....
Seriously, aku mmg rindukan Arau.................Ohhh.....Kalau ada jodoh kita jumpa lagi. Xiphoidian, jom pakat2 pegi Perlis pas habis praktikal tahun 2012 nanti pastu borong jersi sempena EURO 2012............
PERLIS INDAH, LAGI MEMPESONA....p/s : Aku ada tulis citer ni, tapi tgh syok2 tulis, siku aku kene mouse pastu ntah camner,hilang lak. Terpaksalah aku tulis lain. CIS!!!!!!