08 Jun 2010

WARNA WARNI WORLD CUP 2010


  • Afrika Selatan jadi hos untuk World Cup tahun ni dengan 14 undi lepas diorang mengalahkan dua pencabar lain iaitu Maghribi (10) dan Mesir (0/telur ayam........).
  • Seramai 29 orang pengadil dilantik utk World Cup kali nie. Yang menarik perhatian orang bukan Cikgu Subkhiddin Salleh, tapi referee dari Sweden, Martin Hansson yg dianggap kontroversi pasal bola yg kene tangan Henry time playoff lawan Ireland.

Jangan marah nooo.........

  • Jumlah wang kemenangan yg FIFA peruntukkan ialah 420 juta Dolar, 60 peratus lagi banyak dari World Cup 2006. Sebelum tournament start, FIFA bagi sejuta Dolar kat setiap team untuk diorang prepare apa yang patut. Dah start tournament, FIFA bagi lagi 8 juta Dolar untuk team yg sampai ke group stage. Lepas 2, duit yg selebihnya FIFA divide camni:
Round of 16 : 9 juta Dolar

Suku Akhir : 18 juta Dolar

Separuh Akhir : 20 juta Dolar

Naib Johan : 24 juta

Johan : 30 juta Dolar

  • Maskot untuk World Cup ni ialah Zakumi, seekor harimau bintang yg ada rambut warna hijau yg dipersembahkan pada 22 September 2008.
Antara aksi ghairah Zakumi masa pelancaran

  • Lagu rasmi World Cup kali ni ialah Waka Waka (This Time for Africa) yg dinyanyikan oleh Shakira dengan band Freshly ground dari Afrika Selatan sendiri. Lagu nie asalnya dari lagu tradisional tentera dari Cameroon, Zangalewa. Aku ingatkan lagu 'Wavin' Flag' yg jadi lagu tema, rupanya lagu tu untuk promosi jer. Apapun, lagu Shakira mmg layan. Korang bleh tgk aksi panas beliau time opening ngan penutup nanti.

Pulun betul beliau.......World Cup 2006 dah perform, kali nie perform lagi.....

  • Adidas sekali lagi diberi kepercayaan utk buat bola rasmi World Cup kali ni, Jabulani yg bermaksud 'membawa keceriaan kepada semua' dalam bahasa Zulu. Untuk final nanti, diorang guna bola edisi emas yang bernama Jo'bulani. Tapi ramai gak yg komplen pasal Jabulani ni especially golkeeper coz diorang cakap bola ni senang melayang pastu laju. Kita tengok la camner keadaannya nanti................


Bola maut

2 Pujian Menggunung:

Berto berkata...

shakiraaa shakiraaa

Saudara Yeop berkata...

ntah2 2014 dia lagi......