01 Februari 2011

PROTES DI TUNISIA DAN MESIR

Skarang ni kat TV, surat khabar, internet semua fokus dekat protes besar-besaran dekat Tunisia dan jugak Mesir. Tapi yg paling havoc skarang ni kat Mesir dan aku boleh kata yg dekat sana keadaan dia lebih brutal dari Tunisia.

Apakejadahnya diorang buat bantahan tu sebenarnya? Banyak puncanya. Mungkin pada kita benda yg diorang buat tu buang masa, tapi saper tahan kalau hak rakyat dirampas. Actually diorang buat protes ni sebab masalah pengangguran, inflasi, rasuah, kurang kebebasan bersuara, kemiskinan dan banyak lagi. So, saper lagi yg diorang tujukan benda2 ni lagi kalau bukan dekat pemimpin diorang. Saper pemimpin diorang yg diorang marah2 sgt tu.........?

TUNISIA


Zine El Abidine Ben Ali
Presiden Kedua Tunisia

Lahir pada 3 September 1936
Memerintah dari 7 November 1987 - 14 Januari 2011



Protes ni start bila seorang anak muda, Mohamed Bouazizi, penjual di tepi jalan membakar dirinya bila gerainya dirampas oleh polis. Sebab kejadian tu lah, ramai yg bangkit menentang kerajaan Tunisia. Boleh dikatakan gelombang yg besar gak la. Beliau mati pada 4 Januari 2011.


Mohamed Bouazizi


Mohamed Bouazizi time dia membakar dirinya


Susah dan sakit dia x saper yg tau....


Presiden Tunisia dtg melawat

Penghormatan terakhir utk beliau

Jadi, dgn kejadian dan protes rakyat Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali meletakkan jawatan sebagai presiden Tunisia pada tahun 2011. Ini bermakna, buat pertama kalinya, seorang pemimpin Arab digulingkan melalui protes jalanan.


Protes dari rakyat Tunisia


Protes yg lebih dikenali dgn nama Jasmine Revolution atau Revolusi Melur


Bertitik tolak dari itulah, rakyat Mesir mengambil inspirasi dari protes kat Tunisia untuk protes di Mesir lak. Sebabnya sama mcm dekat Tunisia tapi nasib baik x der yg nak bakar2 diri. Protes yg lebih dikenali sebagai Bantahan Belia ni mmg brutal kalau nak compared dkt Tunisia coz semua Rakyat Mesir berganding bahu x kira latar belakang untuk menggulingkan Presiden Mesir, Hosni Mubarak yg dikenali sebagai pemimpin Pro-Israel.


MESIR


Muhammad Hosni Sayyid Mubarak
Presiden keempat Mesir

Lahir pada 4 Mei 1948

Memerintah dari 14 Oktober 1981 sampai sekarang


Keadaan Mesir skarang ni pun huru-hara dengan bangunan dan kenderaan dibakar, x kurang juga banduan2 terlepas keluar dari penjara. So, bagi pelajar2 Malaysia yg belajar kat sana, diorang rasa takut coz tempat tinggal diorang dekat dgn penjara, ditambah plak dgn bekalan makanan yg susah nak dapat, kalau ada pun, mahal. Diorang terpaksa berkurung di kediaman coz keadaan bahaya kat luar. Talian telefon dan internet yg dah diputuskan menyukarkan diorang nak berhubung dgn dunia luar.


Protes di Mesir berlaku kat mana2


Protes di Tahrir Square. Diorang target untuk cari sejuta rakyat Mesir dalam protes ni.


Kat sini mmg terbukti bahawa jgn bermain api dgn rakyat coz rakyat boleh melantik dan menggulingkan balik pemimpin. Mcm Hosni Mubarak, ramai x suka dia coz dia Pro-Israel pastu x bagi bantuan kemanusiaan masuk melalui sempadan Mesir. Itu je lah satu2 nya jalan nak masuk ke Palestin coz sempadan Israel dah confirm2 x bleh masuk. Tu pun salah satu sebab kenapa dia cuba digulingkan.

Banyak berita2 pasal kat Mesir ni, so korang cuba2 lah ambik tau skit, jgn sasyik nak Maria Ozawa, Sora Aoi sangat ye.....

p/s : Aku baca kat internet yg Mohamed Bouazizi tu hidup lg...Habis tu yg bakar diri tu org lain la? Ah sudahhh.......

2 Pujian Menggunung:

Berto berkata...

hails revolution

Saudara Yeop berkata...

revolution yg sgt brutal......